Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan meneliti secara mendalam cadangan untuk menjadikannya calon Perdana Menteri kesembilan.
Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama barisan pemimpin partinya sebelum memberikan jawapan muktamad dalam tempoh terdekat ini.
"Ia merupakan cabaran besar, untuk saya dan kita perlu lihat secara serius. Bagi masa sikit, sebab kita di Sabah pun ada masalah.
"Banyak pertimbangannya, nation building yang ada banyak pertimbangan, beri saya sedikit masa," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Penampang, pada Isnin.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum di ibu negara baru-baru ini telah mendedahkan kesediaan menamakan Mohd Shafie sebagai calon Perdana Menteri kesembilan bagi Pakatan Harapan Plus (PH+).
Langkah itu diambil selepas beliau gagal menemui kesepakatan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain mempertimbangkan Mohd Shafie sebagai mempunyai matlamat sama untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mengulas lanjut, Mohd Shafie bersyukur apabila cadangan tersebut hadir daripada negarawan dan bekas perdana menteri dan meminta semua pihak memberikannya masa .
"Saya sangat bersyukur ianya (cadangan) datang dari Tun Mahathir, cadangkan saya sebagai calon Perdana Menteri, cadangan itu saya perlu teliti secara mendalam," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Mon Jun 29 2020
Shafie ditemui dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Penampang, pada Isnin. - Foto Astro AWANI
Reaktor bawah milik OCIM Sdn Bhd terbakar
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimansyah mengesahkan kebakaran melibatkan reaktor bawah milik OCIM Sendirian Berhad.
Mayat lelaki di jambatan Klang dipercayai Nidza Afham
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan perkara itu ketika ditanya media berhubung penemuan mayat tersebut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Ogos 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 15 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua pesawat TUDM ke Mesir, bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, segala butiran berhubung misi tersebut akan dimaklumkan dalam minggu ini.
Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.
Kes pukul OKU: Tindakan tatatertib telah diambil ke atas anggota pengiring - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan dalaman ke atas anggota terbabit diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan masuk 206 pendatang tanpa izin
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan kemasukan 206 pendatang tanpa izin di perairan negara dari Januari hingga Julai lepas.
Antara Muhammad Yunus, noktah kemiskinan dan Malaysia
Muhammad Yunus yang memimpin kerajaan peralihan Bangladesh ketika ini sarat dengan kisah memerangi kemiskinan dan ia berkait rapat dengan Malaysia.
Anwar sambut baik jaminan Muhammad Yunus, sedia bantu Bangladesh
Perkara itu menjadi antara topik yang dibincangkan kedua-dua pemimpin menerusi panggilan telefon pada Selasa malam.
PRAXIS 2024 bincang isu keutamaan strategik negara
Anwar dalam ucapannya menekankan kepentingan menangani isu-isu ini menjelang negara mencapai status pendapatan tinggi.
PM Anwar terima kunjungan hormat Rais Tatarstan
Anwar berkata pertemuan berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya bersempena dengan lawatan kerja dua hari Minnikhanov ke Malaysia.
PM dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA pada MAPPA ke-19, Jumaat ini
Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19.
Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM
Anwar berkata saintis-saintis mahir boleh mempamerkan penemuan-penemuan baharu dalam bidang sains, digital, mahupun kecerdasan buatan (AI).
Tatakelola jadi pegangan KSN baharu dalam menerajui sektor awam
Agenda tatakelola selaras dengan amanat yang dijunjung Perdana Menteri Anwar, kata Shamsul Azri.
Olimpik Paris 2024: "Jangan mengeluh prestasi kontinjen negara" - PM Anwar
Kerajaan akan menyiapkan kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan dan olahraga dalam negara sebagai persediaan ke acara antarabangsa kelak.
"Rombakan Kabinet?"- Ini jawapan Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Olimpik Paris 2024: PM Anwar ucap terima kasih kepada Muhammad Shah Firdaus, harap terus berjuang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom, atas aksinya pada final acara keirin lelaki Sukan Olimpik Paris.