JITRA: Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, tiada keperluan mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen ketika ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan.
Menurut beliau, kepimpinan UMNO perlu mengambil kira keadaan ekonomi rakyat dan kadar jangkitan COVID-19 sekiranya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata, pentadbiran kerajaan yang diterajui UMNO sejak September lalu hingga kini menjadi percaturan pengundi.
Katanya, pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan sebuah kerajaan yang stabil hasil sokongan semua pihak termasuk pembangkang.
Sehubungan itu, beliau berkata, UMNO juga perlu mendekati kumpulan profesional yang ketika ini tidak ditangani dengan baik dan tindakan kerajaan kini akan jadi pertimbangan pengundi.
Jelas beliau, parti Melayu terbesar itu perlu terbuka dan inklusif mendengar kumpulan profesional kerana mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman dan beriltizam memajukan negara.
“Pada pendapat saya untuk mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat apabila kita merasa kuat tidak boleh meyakinkan… kita kena berfikir banyak aspek yang akan menentukan bahawa UMNO akan dipilih oleh rakyat semula.
“Kalau kita mengadakan pilihan raya ini maknanya mungkin ada risiko-risiko yang kita belum siap sedia,” katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas meninjau peniaga-peniaga durian di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zaini berkata, UMNO juga tidak boleh terbuai dengan kejayaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Sebaliknya, kata beliau, UMNO kini perlu fokus menawan kembali sokongan pengundi muda dan golongan pertengahan serta profesional atau kumpulan atas pagar.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan UMNO supaya belajar dari sejarah kemenangan besar dua PIlihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang tidak menjadi jaminan kemenangan pada PRU14.
Beliau berkata,UMNO tidak boleh memandang kegagalan pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH) yang mengguris hati banyak pihak itu sebagai modal untuk dapatkan sokongan pengundi.
“Pemimpin UMNO kena sedar macam mana nak perbaiki segala kelemahan, apa yang tidak disukai oleh rakyat dan apa yang disukai oleh rakyat kerana hari ini UMNO mempunyai satu jentera ataupun kerangka pentadbiran yang cukup kuat dan hebat.
“Jadi kita nak memberi imej penjenamaan baharu UMNO. Itu penting supaya rakyat bertambah yakin dengan keputusan yang kita tengok daripada (PRN) Melaka dan Johor itu mencerminkan bahawa rakyat telah menolak bahawa parti-parti gelandangan ini untuk memimpin negara,” ujar beliau lagi.
Dalam konteks proses demokrasi hari ini, Ahmad Zaini berkata, UMNO perlu memahami persekitaran pengundi dengan membuat profil pengundi.
Katanya, pada PRU14, UMNO gagal mendapat undi daripada ahlinya sendiri, sebaliknya, hanya mendapat 32 peratus undian daripada 3.6 juta ahli berdaftar berbanding 47 peratus pada PRU13.
Berikutan itu, beliau berkata, bagi menghadapi PRU15, undi daripada ahli UMNO perlu diperoleh kembali ditambah dengan usaha mendapatkan sokongan pengundi muda sejajar dengan kebenaran membolehkan mereka yang berusia 18 tahun mengundi.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jun 14 2022
Kepimpinan UMNO perlu mengambil kira keadaan ekonomi rakyat dan kadar jangkitan COVID-19 jika PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat, kataDatuk Ahmad Zaini Japar. - Gambar Astro AWANI
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.
Belum sesuai adakan pilihan raya ketika ini - Ketua UMNO Kubang Pasu
Kepimpinan UMNO perlu ambil kira keadaan ekonomi rakyat dan kadar jangkitan COVID-19 jika PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat.
Setiausaha UMNO Kubang Pasu meninggal dunia selepas aktiviti motosikal lasak
Setiausaha UMNO Kubang Pasu ditemui pengsan sebelum meninggal dunia selepas melakukan aktiviti motosikal lasak di atas bukit berdekatan Universiti Utara Malaysia Sintok, di sini pada Jumaat.