JOHOR BAHRU: Bekas ahli UMNO yang ingin menyertai semula parti itu perlu melalui beberapa peringkat tapisan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya beliau menghormati sebarang permohonan untuk memasuki UMNO tetapi ia perlu melalui proses sebagaimana dalam peraturan dan perlembagaan parti itu.
"Saudara Rosleli Jahari ini adalah sahabat lama saya ketika dalam Pemuda. Alhamdulillah, beliau mempunyai kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan dan saya lihat beliau juga turun membantu calon kita," katanya kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari bersama ahli parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas wakil rakyat Bersatu bagi DUN Johor Lama itu yang mengumumkan keluar parti dan mahu menyertai semula UMNO.
Beliau berkata UMNO turut mengalu-alukan keberadaan Rosleli dan bekas Ketua Bahagian Bersatu Mersing Laili Yusof dalam parti itu.
"Saya yakin jika lebih ramai lagi ahli Bersatu seluruh Johor dan seluruh Malaysia (ingin menyertai semula UMNO) maka pintu UMNO sentiasa terbuka. Biarpun kita tahu kita pernah terguris namun saya harap kawan-kawan saya dalam UMNO juga berlapang dada dan berfikiran terbuka," katanya yang berharap sikap dan cara pemikiran bekas ahli terbabit berubah serta tidak akan menjadi duri dalam daging di dalam UMNO.
Terdahulu, ketika ditemui selepas beramah mesra bersama dengan pengundi di Bilik Gerakan Parlimen Iskandar Puteri, Gelang Patah yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Kota Iskandar Pandak Ahmad dan DUN Skudai Lim Soon Hai, Ahmad Zahid berkata keputusan kerajaan membuka semula sempadan negara adalah penting bagi melonjakkan kembali sektor pelancongan serta kemasukan pelaburan langsung asing.
Pengerusi BN itu berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembukaan pintu masuk negara cukup penting kerana sektor pelancongan merupakan yang ketiga terpenting dari segi penjanaan ekonomi negara.
"Infrastruktur pelancongan di negara kita adalah antara yang terbaik di rantau ASEAN dan ia mempunyai produk pelancongan yang pada hemat saya mampu menggamit semula pelancong (asing)," katanya.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula mulai 1 April ini.
Ismail Sabri dilaporkan berkata keputusan itu adalah selari dengan perancangan memasuki Fasa 'Peralihan Ke Endemik' dan dijangka merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata pemilihan Datuk Hasni Mohamad sebagai calon Menteri Besar Johor BN menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan satu keputusan parti secara keseluruhan dan tidak bersikap individu.
"Keputusan saya adalah sebagai seorang yang demokrat dan bukan keputusan peribadi, ia adalah keputusan parti. Kita bawa kepada majlis tertinggi, perhubungan dan biro politik UMNO negeri sebab Datuk Hasni mempunyai rekod prestasi yang terbaik," katanya.
Beliau juga berkata tindakan parti lawan yang belum mengumumkan calon Menteri Besar masing-masing membuktikan ketidakyakinan mereka untuk memenangi PRN Johor.
Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid turut menyifatkan dakwaan Bersatu bahawa beliau berhasrat meletakkan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai calon Menteri Besar Johor sebagai sekadar 'propaganda murahan' parti itu bagi menutup kegagalan mereka mengemukakan calon bagi jawatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022

Bekas ahli UMNO yang ingin menyertai semula parti itu perlu melalui beberapa peringkat tapisan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - fotoBERNAMA

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.

UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

UMNO, PH belum bincang berhubung hasrat bekas ahli UMNO sertai PH
Pucuk pimpinan PH belum berbincang dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengenai hasrat itu.

Bekas ahli mahu sertai semula UMNO perlu lalui tapisan - Ahmad Zahid
Bekas ahli UMNO yang ingin menyertai semula parti itu perlu melalui beberapa peringkat tapisan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

16 bekas ahli UMNO cabar keputusan RoS, bukan keputusan parti politik
Peguam mereka Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah bahawa kesemua ahli UMNO terbabit bukan mencabar keputusan dalaman parti politik itu secara langsung.

Pemilihan Bersatu: Hanya ahli bekas UMNO yang bersih boleh bertanding - Dr Mahathir
Mengikut peraturan, mereka tidak boleh bertanding, tetapi kita memberi pengecualian dalam kes tertentu, yang tidak terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah, kata Dr Mahathir.

Bekas ahli UMNO yang tiada kes mahkamah boleh sertai Bersatu - Tun Mahathir
Pengerusi Bersatu itu berkata partinya hanya mempelawa ahli yang tidak terlibat dalam sebarang masalah seperti menghadapi kes di mahkamah.

Ahli Bersatu jangan bimbang, kami tak nak jawatan! - Mas Ermieyati
Arahan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau dan bekas pemimpin UMNO lain tidak diberi jawatan sehingga PRU15 perlu dihormati.