PUTRAJAYA:Enam belas bekas ahli UMNO mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang memberikan pelanjutan masa untuk UMNO mengadakan pemilihannya dan bukan keputusan parti politik itu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Peguam mereka Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah bahawa kesemua ahli UMNO terbabit bukan mencabar keputusan dalaman parti politik itu secara langsung.
Beliau berkata kumpulan itu mencabar keputusan RoS atas alasan pelanjutan masa yang diberikan dicemari dengan kepenyalahan undang-undang, keadaan tidak rasional dan prosedur yang salah.
Mohamed Haniff Khatri berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi dan panel hakim Mahkamah Rayuan telah menyalahletakkan kebergantungan terhadap Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.
Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan 16 bekas ahli UMNO terbabit untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman mencabar kesahan parti politik itu atas alasan Seksyen 18C menyatakan bahawa seorang ahli tidak boleh membawa pertikaian berkaitan parti ke mahkamah.
Bekas ahli UMNO terbabit ialah Salihudin Ahmad Khalid, Noorhalimi Yahya, Mariam Mohd Ishak, Mohd Hafami Hanif, Saharudin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd Manaf, Mohd Rafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd Hikamal Md Hassim, Muzamzamir Abd Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani Ahmad dan Muhamad Hafizi Hashim.
Mohamed Haniff Khatri juga berkata Seksyen 18C tidak terpakai dalam kes ini kerana ia tidak membabitkan keputusan RoS dan hanya terpakai kepada keputusan parti politik.
Terdahulu, panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed membangkitkan isu sama ada keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan adalah betul dari segi fakta apabila bergantung kepada Seksyen 18C serta sama ada seksyen itu relevan dengan persoalan undang-undang yang terdapat dalam rayuan ini.
Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang. Prosiding itu berlangsung menerusi aplikasi Zoom.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan pula berhujah perayu sebenarnya mencabar keputusan parti politik itu sambil menambah permohonan itu dibuat bagi melangkau Seksyen 18C.
Mahkamah turut mendengar hujah berhubung isu locus standi (atau hak perundangan) bekas ahli UMNO terbabit untuk memfailkan semakan kehakiman dan sama ada perkara itu bersifat akademik.
Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berhujah bahawa isu yang dibangkitkan perayu berhubung keputusan anak guamnya yang memberikan pelanjutan masa bagi mengadakan pemilihan parti tidak lagi wujud kerana ia telah dijalankan di semua peringkat pada Jun 2018.
Beliau berkata oleh itu, remedi daripada mahkamah tidak lagi diperlukan kerana ia akan menjejaskan semua pihak dalam parti tersebut dan menambah bahawa kesemua perayu tidak mempunyai locus standi kerana keahlian mereka telah ditamatkan.
Kesemua 16 bekas ahli UMNO telah memfailkan permohonan untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman dan menamakan RoS serta Ab Rauf, dalam kapasiti beliau sebagai penjawat awam, selaku responden.
Antara lain, mereka memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan RoS seperti yang diumumkan menerusi kenyataan media bertarikh 5 Mac 2018 dalam memberikan UMNO pelanjutan masa untuk mengadakan pemilihan parti sehingga 19 April 2019, yang melepasi tempoh maksimum.
Mereka selanjutnya memohon perintah mandamus bagi memaksa RoS membubarkan sementara UMNO dan menggantung semua aktiviti parti itu sehingga semakan kehakiman tersebut selesai.
Pada 27 April 2018, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan kumpulan itu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dan mereka juga gagal di peringkat Mahkamah Rayuan pada November 2018.
Tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada mereka untuk meneruskan rayuan berhubung dua persoalan perundangan.
Mahkamah itu akan menetapkan tarikh lain untuk menyambung pendengaran rayuan tersebut dan semua pihak diarah memasukkan hujah tambahan berhubung isu sama ada Seksyen 18C terpakai dalam semakan kehakiman berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021

Peguam mereka Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah bahawa kesemua ahli UMNO terbabit bukan mencabar keputusan dalaman parti politik itu secara langsung. - Foto BERNAMA

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

UMNO, PH belum bincang berhubung hasrat bekas ahli UMNO sertai PH
Pucuk pimpinan PH belum berbincang dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengenai hasrat itu.

Bekas ahli mahu sertai semula UMNO perlu lalui tapisan - Ahmad Zahid
Bekas ahli UMNO yang ingin menyertai semula parti itu perlu melalui beberapa peringkat tapisan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

16 bekas ahli UMNO cabar keputusan RoS, bukan keputusan parti politik
Peguam mereka Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah bahawa kesemua ahli UMNO terbabit bukan mencabar keputusan dalaman parti politik itu secara langsung.

Pemilihan Bersatu: Hanya ahli bekas UMNO yang bersih boleh bertanding - Dr Mahathir
Mengikut peraturan, mereka tidak boleh bertanding, tetapi kita memberi pengecualian dalam kes tertentu, yang tidak terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah, kata Dr Mahathir.

Bekas ahli UMNO yang tiada kes mahkamah boleh sertai Bersatu - Tun Mahathir
Pengerusi Bersatu itu berkata partinya hanya mempelawa ahli yang tidak terlibat dalam sebarang masalah seperti menghadapi kes di mahkamah.

Ahli Bersatu jangan bimbang, kami tak nak jawatan! - Mas Ermieyati
Arahan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau dan bekas pemimpin UMNO lain tidak diberi jawatan sehingga PRU15 perlu dihormati.