Rakyat digesa supaya tidak terpengaruh dengan janji-janji palsu dan tidak logik menerusi Bajet Alternatif 2018 yang diumumkan Pakatan Harapan, pada Rabu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kerajaan hanya mengumumkan janji dan perkara yang realistik dan mampu dilaksanakan.
"UMNO dan BN sebuah kerajaan bertanggungjawab dan sangat berpengalaman luas dalam merangka bajet yang baik untuk semua pihak. Kita tahu apa boleh buat dan apa tidak boleh buat. Rakyat boleh nilai sendiri (bajet Pakatan Harapan dan BN).
"Kerajaan UMNO dan BN sentiasa melihat ke hadapan walaupun kadang-kadang keputusan kita buat itu tidak beri keuntungan kepada kerajaan (tidak popular kepada rakyat), tapi kita terpaksa buat disebabkan krisis ekonomi di seluruh dunia pada masa kini," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bajet diumumkan Pakatan Harapan, yang antara lain, janji pembangkang untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tol lebuh raya serta memberi pendidikan percuma di universiti awam.
Ahmad Razif turut menyifatkan bajet itu sebagai 'angan-angan Mat Jenin' Pakatan Harapan yang tidak bersandarkan kepada realiti dan ekonomi pada masa ini.
"Sebab itu persediaan dan langkah-langkah dibuat kerajaan sekarang adalah tepat. Pembangkang boleh janji apa sahaja tapi adakah mereka akan laksanakan? Berbeza dengan UMNO dan BN, kita laksanakan apa kita janji," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2017
RAZIF: Kerajaan UMNO dan BN sentiasa melihat ke hadapan walaupun kadang-kadang keputusan kita buat itu tidak beri keuntungan kepada kerajaan (tidak popular kepada rakyat). - Gambar fail
Hamas sifatkan AS gagal beri tekanan kepada Israel
Pegawai Hamas, Ghazi Ahmad berkata Amerika Syarikat gagal memberi tekanan kepada Israel dalam usaha merealisasikan gencata senjata di Gaza.
Najib berkerusi roda ke mahkamah hadir lanjutan prosiding
Datuk Seri Najib Razak kelihatan lemah ketika hadir perbicaraan 1MDB tetapi sempat melambai kepada media di pintu masuk mahkamah.
Angka korban meningkat, rundingan gencatan senjata masih tidak berhasil
Menghampiri satu tahun bermulanya konflik secara besar-besaran itu, kekejaman dan kezaliman Zionis terus dipertingkat ditambah dengan rundingan gencatan senjata yang masih belum menemui noktah.
Perlu ada tekas politik bagi merealisasikan perjanjian gencatan senjata
Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata memerlukan tekad politik daripada pihak Hamas dan Israel.
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia di kediaman keluarganya di Johor Bahru awal pagi tadi.
"Jangan buat ukuran begitu, itu hanya memberi sedikit petanda" - PM
Perdana Menteri memaklumkan analisis dari 248 petunjuk SDG terkini, Malaysia berada dalam kedudukan yang agak baik iaitu sebanyak 43 peratus berbanding purata dunia sebanyak 17 peratus.
#AWANInews
#AWANInews
Ruslin Jusoh dilantik KP AADK yang baharu mulai hari ini
Ruslin berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.
Minta maaf atau siap sedia 'pecah tabung' - Peguam ‘Abang Bas’
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu termasuk kalangan selebriti yang melemparkan kata-kata nista terhadap lelaki itu.
Mahkamah arah MHO, dua pihak lain padam kenyataan kaitkan Mashitah dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Mereka diarah untuk memadamkan kenyataan didakwa berbaur fitnah mengaitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
AWANI Ringkas: 392 kanak-kanak diselamatkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.
Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.
Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.