Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi dari DAP, Dr Abdul Aziz Bari yakin Pakatan Harapan (PH) kekal sebagai kerajaan di negeri Perak berikutan situasi semasa yang berlaku di peringkat Persekutuan.
Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak berkata, penangguhan Sidang Dewan Rakyat juga memberikan petanda bahawa PH mempunyai kelebihan untuk kekal mentadbir di Perak.
"Sehingga hari ini pihak pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi belum mengumumkan pelantikan Kabinet.
"Walaupun kita mengatakan nasib atau kelangsungan kerajaan negeri bergantung kepada perkembangan di peringkat Persekutuan, saya yakin ia memihak kepada kita.
"Tidak mudah bagi pihak di sebelah sana (Perikatan Nasional) untuk membentuk kerajaan oleh kerana masalah yang timbul, saya rasa di pihak PN ada masalah untuk pelantikan Kabinet dan sebagainya... ini memberikan kesan dan harapan baik kepada negeri Perak," katanya.
Dia bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2019 di Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada Khamis.
Dalam pada itu, ketika mengulas tindakan berdiam diri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, dia yakin Ahmad Faizal masih berpihak kepada PH.
"Bentuk itu (kekal dengan PH) saya tidak boleh sebut sekarang kerana ia soal kepimpinan Pakatan Harapan terutamanya, saya melihat ada sesuatu yang kita boleh uruskan.
"Kita menunggu persidangan Parlimen ini dan pelantikan Kabinet, sudah pasti memberikan impak kepada kedudukan dan masa depan kerajaan negeri kita," katanya lagi.
Aida Aziz
Thu Mar 05 2020

Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak berkata, penangguhan Sidang Dewan Rakyat juga memberikan petanda bahawa PH mempunyai kelebihan untuk kekal mentadbir di Perak. - Gambar fail
Jangan politikkan had tempoh 10 tahun PM
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cadangan menghadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun seiring dengan visi dan kerangka dasar reformasi yang ditekankan beliau dalam gagasan membangunkan negara Madani.
Jelas Anwar, langkah tersebut bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih serta sistem yang lebih teratur serta mengelakkan pemusatan kuasa yang berisiko menjadi ruang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Anwar mengingatkan segelintir pihak dari blok pembangkang khususnya tidak menjadikan niat murni ini sebagai bahan politik perkauman yang sempit dan dangkal.
Jelas Anwar, langkah tersebut bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih serta sistem yang lebih teratur serta mengelakkan pemusatan kuasa yang berisiko menjadi ruang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Anwar mengingatkan segelintir pihak dari blok pembangkang khususnya tidak menjadikan niat murni ini sebagai bahan politik perkauman yang sempit dan dangkal.
PM Anwar seru sinergi baharu kerajaan Persekutuan, negeri demi rakyat
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerjasama berterusan dan sinergi baharu antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Beliau percaya siri pertemuan dan perbincangan antara kedua-dua pihak bagi mengemas kini serta menambah baik perkhidmatan buat rakyat.
Beliau percaya siri pertemuan dan perbincangan antara kedua-dua pihak bagi mengemas kini serta menambah baik perkhidmatan buat rakyat.

Had tempoh PM 10 tahun bukan bahan politik perkauman sempit, dangkal - Anwar
Agenda mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak wajar dijadikan bahan politik perkauman sempit dan dangkal.
Laluan pejalan kaki di Bangkok runtuh
Laluan pejalan kaki yang telah diubah suai sejak sebulan lalu di jalan Vibhavadi Rangsit di Bangkok runtuh ketika pejalan kaki sedang melaluinya.

PRK Ayer Kuning: BN selesai muktamad calon - Zambry
Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata calon itu akan diumumkan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.
Harimau Malaya ketiga termahal di ASEAN
Skuad Harimau Malaya antara yang paling mahal di rantau Asia Tenggara menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 dengan nilai pasaran mencecah RM36.4 juta.
Ia merupakan nilai pasaran keseluruhan 27 pemain yang terpilih ke sesi latihan pusat kebangsaan oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski berdasarkan tanda harga di laman sukan terkemuka, transfermarket.com.
Ia merupakan nilai pasaran keseluruhan 27 pemain yang terpilih ke sesi latihan pusat kebangsaan oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski berdasarkan tanda harga di laman sukan terkemuka, transfermarket.com.
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri
Ikuti Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Ibrahim Baki berpengalaman luas dalam industri minyak, gas
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros)) di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri.

Remaja hampir putus dua jari akibat mercun bola
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hampir putus dua jari selepas dipercayai terkena letupan mercun bola yang tidak sempat dilempar dalam kejadian di Batu 23, Jalan Sawmill, Labok.

KUSKOP bakal sediakan skim pembiayaan bantu PMKS
KUSKOP menyasarkan jualan sebanyak RM5 juta melalui Kempen Mari Beli Lokal 2025 dan platform e-dagang MyMall.

PRU15: Saya calon terbaik PH untuk Parlimen Tambun setakat ini - Aziz Bari
Sebagai bekas Exco kerajaan negeri dan Ketua Pembangkang ketika ini, beliau percaya mempunyai peluang lebih cerah untuk menang.

Abdul Aziz dilantik ketua pembangkang DUN Perak
Naib Pengerusi DAP Perak itu pernah memegang portfolio Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 2018 hingga Februari lepas.

Kerajaan Negeri Perak pandang serius isu murid ketagih vape
Bagaimanapun setakat ini, tiada laporan mengenai ketagihan vape dalam kalangan murid sekolah rendah di Perak.

Dakwaan tapak sisa plastik di pedalaman hutan tidak benar
Kawasan itu merupakan tapak bahan buangan sisa plastik yang ditempatkan sementara sebelum diproses menjadi bahan bakar alternatif.

Siasat segera lambakan menggunung plastik sampah di pedalaman Perak
Dr. Abdul Aziz Bari berkata beliau amat terkejut dan hairan apabila membaca laporan berita Daily Mail yang membuat pendedahan itu.

Biar polis siasat rakaman audio - Aziz Bari
Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan mengenai perkara itu dan menganggap ia bukan sesuatu yang perlu diberi keutamaan.

'Kenyataan Aziz Bari umpama samseng jalanan, jerat diri sendiri'
Datuk Azian Osman tidak faham seorang yang terpelajar seperti Prof Dr Abdul Aziz Bari boleh mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang asas.