KUALA LUMPUR: "Kalau betul.. kalau betul.. apa masalahnya? Ada khianat di situ? Ada rasuah di situ? Ada kesalahan jenayah? Tidak ada."
Itu respons Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya berkenaan audio tular yang mengaitkan perbualan antara beliau dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Jelasnya, isu audio itu bukan keutamaan pada ketika ini, sebaliknya ia disifatkannya sebagai satu serangan politik terhadapnya.
"Apa isu dia? Mengeluarkan, mengintip satu rakaman, itu satu kesalahan. Siapa yang lakukan - kalau ia benar tulen?
"Kedua, apakah benar kerajaan ini, Menteri Dalam Negeri, Menteri Komunikasi riuh rendah? Tak pernah dengar audio dan video yang lain? Banyak!
"Nampaknya, sekarang ini modal politiknya adalah untuk hebahkan Anwar-Zahid," kata beliau sebagai menjawab soalan Prof Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff pada sesi Program Minda TV: Bicara Tokoh anjuran Majlis Profesor Negara (MPN).
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Anwar nafi terbabit dalam audio tular perbualan bersama Zahid
Menurut Ketua Pembangkang itu, banyak audio dan video lain yang tular sebelum ini, yang secara jelas mempersoal isu prinsip.
"Siapa tak dengar lagi audio Tan Sri Muhyiddin yang kaitkan nama Yang di-Pertuan Agong, kaitkan akan beri jawatan menteri dan GLC kepada UMNO?
"Bermakna, UMNO boleh dibeli. Sebab itu, kadang-kadang kalau kita tengok sesetengah menteri itu melompat sekarang, sebab bukan nak jaga ahli UMNO atau rakyat Melayu yang kononnya diwakili. Itu soal prinsipal.
"Soal laporan (polis) memang belum, sebab saya baru balik dari Port Dickson," katanya menjawab gesaan beberapa pihak supaya beliau segera membuat laporan polis.
"Sekarang kita fikir, sekarang serius, apa isu dia? Isunya, nak alih isu yang tular sekarang, (iaitu) penggantungan Parlimen dan pengabaian dasar dan nasib rakyat.
"Ini yang dia nak alih. Lantas, audio itu menjadi satu keutamaan. Apa masalah dia?" tegasnya.
Lantas Mohamad Agus mencelah dan menjelaskan bahawa soalan yang diajukannya adalah jelas dan perlu dijawab secara berterus terang.
"Itu bukan masalahnya. Saya pun tidak ada masalah, soalan saya sangat mudah. Apakah (audio) itu Datuk Seri atau bukan? Kedua, adakah Datuk Seri telah buat laporan polis atau belum? Very straight foward," soal Mohamad Agus.
Jawab Anwar, perbincangan lanjut berkenaan isu audio tular itu tidak membawa keuntungan kepada rakyat.
"Kalau tak ada masalah, apa masalah yang nak dibangkitkan dalam majlis macam ini? Apa masalah yang untungnya bagi rakyat.
"Saya sudah buat kenyataan, Datuk Seri Zahid sudah buat kenyataan, move on. masalah negara ini apa?
"Masalah kemiskinan, pengangguran, kemiskinan rakyat Melayu Bumiputera. Ini yang mesti ditangani," ujar Anwar.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Apr 10 2021
Anwar menyifatkan isu rakaman audio yang tular itu bukan keutamaan pada ketika ini, sebaliknya ia sebagai serangan politik kepada dirinya. - Gambar fail
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Pelbagai perencanaan strategik lonjakkan ekonomi sepanjang 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
Petronas syarikat nasional, bukan Semenanjung - PM Anwar
Anwar berkata adalah penting untuk Petronas diiktiraf sebagai sebuah badan nasional dan semua obligasi kontraknya dihormati tanpa sebarang kompromi.
Anwar yakin menang jika PRU diadakan lebih awal
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajui beliau mempunyai kelebihan untuk menang jika pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam tempoh terdekat.
Kemiskinan tegar: Hentikan naratif pemprofilan perkauman - PM Anwar
Beliau berkata dasar kerajaan adalah jelas, iaitu memberi bantuan tanpa sebarang diskriminasi kaum dalam usaha menangani kemiskinan tegar.