KUALA LUMPUR : Penafian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai rakaman perbualan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu meleraikan kesangsian akar umbi terhadap Presiden UMNO itu, ujar Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali. 

Dalam masa sama, penafian itu juga memperlihatkan Ahmad Zahid tidak mempunyai agenda tertentu di sebalik keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang menolak DAP, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti lain. 

"Pada mulanya apabila tersebar (rakaman perbualan) itu pasti akan timbul curiga pandangan mengenai Ahmad Zahid semasa Perhimpunan Agung UMNO iaitu "No Anwar, No DAP" mungkin suara itu menggugat suara akar umbi.

"Namun dengan penafian Ahmad Zahid boleh meleraikan kesangsian akar umbi dan bahawa Presiden tiada agenda di sebalik kelutusan PAU untuk tidak ada hubungan dengan DAP, Anwar dan parti lain," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu. 

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Zahid nafi rakaman audio perbualan bersama Anwar

BACA: Zahid Hamidi nafi rakaman audio perbualan bersama Anwar Ibrahim


BACA: Nazri Aziz pula gesa Zahid berundur, mahu Mat Hasan ambil alih

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan rakaman audio yang tular

Bagaimanapun, jika melihat kepada sudut teknologi, mungkin setiap orang mempunyai tanggapan yang berbeza-beza.
 
"Dari sudut teknologi, ada kebolehan sesiapa sahaja untuk membuat rakaman tiruan. Dalam dunia politik ini, orang akan guna apa sahaja cara, perkara ini akan beri tanggapan berbeza-beza.

"Ada yang percaya dan ada orang yang tak percaya sebab orang yang faham dengan teknologi dan media sosial mereka akan judge berdasarkan penilaian mereka sendiri. Inilah seni peperangan politik dan dalam dunia politik, sosial media dan aplikasi tidak boleh dipandang ringan mana-mana pihak," ujarnya.