Semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor diminta menyatakan pendirian masing-masing berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang ditolak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, mereka dicabar segera membuat keputusan walaupun tersepit dengan persetujuan yang diberi sekutu mereka, DAP di negeri itu.
"Saya harap semua Adun-adun Selangor terutamanya daripada PAS menyokong supaya pilihan raya PBT tidak dilaksanakan sebagaimana yang diputuskan presiden mereka sendiri.
"Pilihan raya PBT tidak memberikan manfaat kepada rakyat kerana ia jelas mengundang kepada pelebaran jurang serta penguasaan kaum tertentu khususnya di kawasan bandar," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Johan mengulas isu pilihan raya PBT yang disokong DAP untuk dijalankan di Selangor sebelum ini.
Kata Johan yang juga Setiausaha badan perhubungan UMNO negeri, Adun Barisan Nasional (BN) Selangor sekeras-kerasnya turut menolak usaha pelaksanaan pilihan raya itu kerana melibatkan belanja besar.
"Ia juga mengelak perpecahan akibat dari perlawanan dalam pilihan raya yang merugikan organisasi.
"Ia bakal menyaksikan penguasaan satu kaum disebabkan komposisi yang tidak setara terutamanya di PBT kawasan bandar," ujarnya.
Pada 23 Januari lalu, Abdul Hadi berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP akan hanya mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat.
Ia dilihat memberi ‘keuntungan’ kepada penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina sekali gus menimbulkan kebimbangan akan timbul peristiwa berdarah seperti 13 Mei.
Dalam perkembangan berkaitan, Johan turut mengutuk sikap sambil lewa kerajaan negeri terutama masalah banjir di Kajang.
"Saya ada bukti terdapat syarikat yang tidak mempunyai kebenaran merancang daripada PBT untuk meneroka tanah tetapi tidak diambil tindakan.
"Hairan juga bagaimana kerajaan negeri tidak boleh bertindak terhadap syarikat berkenaan kerana projek yang dijalankan itu terletak di tepi jalan besar, seluas lebih 200 hektar.
"Saya sendiri turun padang, bawa Ahli Majlis untuk melihat projek tersebut di Kampung Bt3, Jalan Bangi. Memang sah tiada kebenaran merancang, tetapi tiada tindakan daripada kerajaan negeri," jelasnya.
Ketiadaan kelulusan jelasnya menyebabkan longkang besar di kawasan tersebut tersumbat sehingga menyebabkan banjir lumpur berlaku setiap kali hujan lebat.
"Kasihan penduduk yang dilanda banjir ini kerana perbuatan pemaju yang tamak dan sikap kerajaan negeri yang lemah dalam aspek pemantauan," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Wed Apr 01 2015

JOHAN: 'Apa pendirian PAS Selangor dalam isu pilihan raya PBT?' - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.