KUALA LUMPUR:Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan telah mengemukakan senarai nama penuh Ahli Parlimen yang menzahirkan sokongan terhadap beliau ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, baru-baru ini.
*Sebaliknya, tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, selaku Presiden PKR, beliau hanya menyatakan sokongan yang diberikan oleh Ahli Parlimen parti tersebut iaitu seramai 38 orang.*
“Dalam kenyataan saya, saya hanya mempersembahkan surat dan juga dokumen dan tiada sebarang nama dinyatakan.
“Don't put words in my mouth. Sebagai Presiden PKR, saya memaklumkan ada 38 Ahli Parlimen dari PKR yang menunjukkan sokongan kukuh terhadap saya,” katanya dalam sidang medianya selepas hadir memberi keterangan di Bukit Aman pada Jumaat.
*Difahamkan, beberapa ketua pemimpin politik akan turut melakukan perkara sama apabila diperkenan menghadap Seri Paduka Baginda, sekali gus menyatakan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Anwar.*
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Anwar mengemukakan senarai nama ketika menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Selasa lalu.
Terdahulu, Ahli Parlimen Port Dickson itu tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar pukul 3 petang menerusi pintu dua bagi memberi keterangan berkaitan senarai nama Ahli Parlimen yang didakwa memberikan majoriti kukuh terhadapnya untuk menerajui kerajaan baharu.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan pihak polis menerima lebih 113 laporan berhubung dakwaan sokongan Ahli Parlimen yang menyokong Anwar.
Kes dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hilmi Malik
Fri Oct 16 2020
![Anwar sahkan hanya kemuka senarai sokongan ahli Parlimen PKR Anwar sahkan hanya kemuka senarai sokongan ahli Parlimen PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602841961_TBDSAIBKTAMAN.jpg)
Anwar Ibrahim bertemu wartawan sejurus selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716280235_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
![PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720303627_NurulIzzahAnwar.jpg)
PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri
PKR menyahut keputusan PRK Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.
![Pilihan raya bukan tempat tentukan akidah pengundi - Saifuddin Nasution Pilihan raya bukan tempat tentukan akidah pengundi - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719096388_tbSaifuddinNasution.jpg)
Pilihan raya bukan tempat tentukan akidah pengundi - Saifuddin Nasution
Jika ada pihak bertindak sedemikian rupa, maka mereka tidak sepatutnya disokong dalam mana-mana kempen.
![PRK Sungai Bakap: BN atur strategi menangkan calon Kerajaan Perpaduan - Zambry PRK Sungai Bakap: BN atur strategi menangkan calon Kerajaan Perpaduan - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718445835_ZambryAbdKadir.jpg)
PRK Sungai Bakap: BN atur strategi menangkan calon Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN akan mengatur strategi bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan merampas semula kerusi Sungai Bakap, pada PRK bulan depan.
![PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717751439_DrZambryAbdulKadi.jpg)
PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry
Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang sebelum ini dikuasai PKR.
![Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716280235_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB
Ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program termasuk kerjasama dengan syarikat bagi menyediakan pekerjaan kepada miskin tegar.
![Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717394370_MohamadSuparadi.jpg)
Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi
Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan yang baharu.
![Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716794499_NikNazmi.jpg)
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
![Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715474374_tbAnwarIbrahim.jpg)
Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
![Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715420110_FahmiFadzil.jpg)
Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.