Ini kerana katanya, gagasan itu bukan sebuah parti politik, sebaliknya adalah badan bukan kerajaan (NGO).
“Pada masa ini MN bukan sebuah parti politik. Ia adalah sebuah badan NGO berdaftar di bawah pendaftar pertubuhan secara rasmi dan sah.
“(Jadi) Tidak berbangkit soal MN menyertai pilihan raya. MN boleh diaktifkan untuk menjalankan aktiviti yang selari dengan perlembagaannya,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.
Spekulasi Annuar akan bertanding di atas tiket MN hangat diperkatakan susulan tindakan beliau memuat naik sijil pendaftaran gagasan itu yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada tahun 2019.
Melalui sijil pendaftaran yang dikongsikan itu turut memaparkan namanya sebagai Presiden MN.
Annuar merupakan antara beberapa nama bekas Ahli Parlimen BN yang digugurkan pada PRU15 kali ini. -Sinar Harian