SHAH ALAM: Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa sedia untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sekiranya mendapat tawaran.
Menurutnya, buat masa ini, beliau masih belum mempunyai parti namun mengakui sudah menghantar borang keahlian kepada Pas.
“Saya dahulu tak berparti dan sehingga malam ini (Selasa). Tapi saya telah memohon untuk menjadi ahli Pas, belum lagi diluluskan dan masih tunggu.
“Bagaimana saya nak bertanding dalam PRN sebab parti belum ada? Tapi yang pasti, saya tak akan bertanding sebagai calon Bebas. Kalau ditakdirkan saya diterima menjadi ahli Pas setelah saya tak diperlukan ahli UMNO, saya ok (bertanding), saya reda.
“Ini perjuangan dalam politik, saya tak boleh ada dalam UMNO yang falsafahnya sekarang melanggar pegangan hidup saya terhadap DAP. Saya tak boleh terima bukan kerana Melayu atau Cina, tetapi kerana ideologi, perlembagaan dan perjuangan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri 400 yang bertajuk PRN: Siapa Patut Rakyat Pilih yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, pada Selasa.
Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan tiga panelis lain iaitu Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pusat, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Nor Azrina Surip.
Annuar menambah, beliau tidak boleh menerima Tan Sri Lim Kit Siang yang menolak bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di Parlimen.
“Dia mahu Malaysia menjadi negara sekular, saya tak boleh menerima DAP yang masih lagi berpegang kepada konsep Malaysian Malaysia.
“Jadi, apabila UMNO pergi mengangkat DAP sebagai pasukan mereka, saya tak boleh berada dalam perjuangan begitu. Kalau parti dah lari daripada dasar, kita reda tak berada dalam parti itu, tak ada masalah,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 07 2023
![Annuar Musa sedia tanding PRN Annuar Musa sedia tanding PRN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686093595_AnnuarMusa.jpg)
Annuar berkata, beliau tidak boleh menerima Tan Sri Lim Kit Siang yang menolak bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di Parlimen. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720253591_AhmadJazlanYaakub.jpg)
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
![Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716882697_bolasepakKelantan.jpg)
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
![Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712107602_AnnuarMusajpg.jpg)
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
![Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708770772_PADU.jpg)
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
![Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708577238_TBAbdulHamidShaikh.jpg)
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
![Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707643650_tbNikElinZurina.jpg)
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
![Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700971114_TBAnnuarMusa.jpg)
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
![Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698713498_tbBekaspemimpinUMNO.jpg)
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
![Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682566968_TBketereh.jpg)
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
![PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693867818_TBPRKJohor.jpg)
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.