PUTRAJAYA:Tan Sri Annuar Musa secara terbuka menetapkan pendiriannya enggan bersubahat dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap usaha-usaha yang diambil bertentangan dengan prinsip dan pendirian politiknya.

Annuar yang dipecat sebagai Setiausaha Agung BN semalam menegaskan, terdapat beberapa keputusan dan tindak-tanduk Ahmad Zahid yang disifatkannya dibuat mengikut agenda peribadi pucuk pimpinan.

Sehubungan itu, Annuar memberitahu, beliau secara konsisten berpegang kuat pada segala keputusan parti serta prinsip asas penubuhan parti iaitu menyatupadukan orang Melayu dan umat Islam.

Katanya, gabungan Muafakat Nasional (MN), BN dan Perikatan Nasional (PN) telah membentuk muafakat yang sepatutnya diperkukuhkan.

BACA: Surat Anwar dakwa dapat 131 sokongan Ahli Parlimen pula tular

Bagaimanapun, usaha itu, tegas Annuar, kelihatan tidak mencapai apa yang dikehendaki apabila berlaku keresahan dalam kalangan ahli sehingga menjejaskan reputasi parti.

“Parti dilihat telah diseret untuk mengikut agenda peribadi. Perbezaan pendirian ini menuntut saya mengambil ketetapan untuk tidak bersekongkol dengan gerakan-gerakan yang tidak selari dengan keputusan rasmi MKT (Majlis Kerja Tertinggi).

“Dengan perbezaan prinsip ini, adalah lebih baik saya tidak bersubahat dengan hala tuju Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
 
“Dengan tidak lagi menjadi Setiausaha Agung BN saya lebih bebas bertindak dan membuat pendirian politik mengikut hati nurani dan ‘conscience’ saya sendiri bersama rakan-rakan yang sealiran,” kata Annuar dalam sidang media di pejabatnya di sini pada Rabu.

[LAPOR LANGSUNG] Kemelut UMNO? Mana hala tuju menjelang PRU15


Tegas Ahli Parlimen Ketereh itu, selama menjawat jawatan Setiausaha Agung BN, beliau menyedari tugas itu hanya boleh dilaksanakan dengan baik apabila terdapat perasaan saling meyakini dan mempercayai antara beliau dan Pengerusi.

“Walaupun sememangnya wujud suasana sedemikian sebelum ini, namun sejak kebelakangan ini, suasana tersebut telah berubah berikutan beberapa perkara, peristiwa dan dasar yang menuntut saya mempertahankan prinsip dan pendirian politik saya secara tegas dan berterus-terang,” kata Annuar lagi.

Berikut antara dasar yang dibuat pucuk pimpinan yang membuatkan Annuar tidak jelas dengan hala tuju parti:
BACA: Annuar Musa dedah surat sokongan pemimpin UMNO kepada Anwar Ibrahim

BACA: 'Saya terima dipecat Zahid Hamidi' - Annuar Musa