KUALA TERENGGANU: Parti Amanah Negara (Amanah) terkejut selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepuh ketika Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, ia kerana Mesyuarat Sekretariat Perpaduan Terengganu sebelum ini telah bersetuju memberikan kerusi itu kepada Amanah.
Jelasnya, Amanah juga tidak pernah memulangkan kembali kerusi DUN itu sebagaimana desas-desus mengatakan kononnya ia sebagai pertukaran bagi meletakkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dari PKR untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil (PRK) Ogos depan.
"Kita tidak pernah memulangkan kembali kerusi DUN Tepuh kepada BN kerana ia telah dipersetujui bersama untuk diberikan kepada Amanah menerusi mesyuarat antara Pakatan Harapan (PH) dan BN pada Mei lalu.
"Saya sendiri pun tak pernah dengar dan tak diberitahu mengenai Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu kerana isu mengenai petisyen tempoh hari dikemukakan UMNO.
"Pada kita, mungkin juga kerusi bagi Parlimen itu diwakili calon mereka kerana mereka yang menang ke atas petisyen berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Ahad.
PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan selepas kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya atas dakwaan wujudnya unsur rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.
Pada PRU15 lalu, Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi pada PRU14 dengan majoriti 40,907 undi.
Dalam pertandingan empat penjuru itu, Ahmad Amzad memperoleh 63,026 undi; calon BN, Datuk Mohd Zuber Embong (22,109); Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad daripada PH mendapat 10,946 undi dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar, 481 undi.
Sementara itu, ditanya sama ada Amanah akan mengumumkan calon bagi kerusi DUN Tepuh, Raja Kamarul Bahrin berkata, kesemua kerusi yang akan ditandingi Amanah dalam PRN enam negeri akan diumumkan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam tempoh terdekat.
Jelas Raja Kamarul Bahrin, setakat ini tidak boleh dikatakan berlaku pertindihan kerusi di DUN berkenaan malah beliau secara yakin memberitahu kerusi itu milik PH.
"Kalau nak tanya satu persatu saya boleh katakan dengan tepatnya setahu kita perjanjian terakhir antara kita dengan UMNO (PH dan BN) yang dipersetujui oleh UMNO adalah Tepuh diberikan kepada Amanah.
"Dalam isu 'pemulangan' kerusi ini sebenarnya tiada dan tidak berlaku kerana kita tidak 'dirujuk' langsung. Kita tak kata ada pertindihan, tapi tunggulah pengumuman presiden kita sehari dua lagi," ujarnya.
Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi PH Terengganu berkata, walaupun UMNO telah mengisytiharkan calon DUN Tepuh dari parti itu, masih boleh berlaku perubahan sebelum hari penamaan calon pada 29 Julai depan.
Pada PRU14 lalu, kerusi DUN Tepuh dimenangi calon Pas, Hismuddin Abdul Karim dengan memperoleh 10,728 undi menewaskan pesaingnya dari BN, Basir Ismail yang mendapat 8,065 undi sementara calon PKR, Wan Hafizie hilang deposit dengan mendapat 1,002 undi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 23 2023

Menurut Raja Kamarul Bahrin, setakat ini tidak boleh dikatakan berlaku pertindihan kerusi di DUN Tepuh, malah beliau yakin kerusi itu milik PH. - Foto Sinar Harian

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Logo alternatif: Hari Kebangsaan perlu disambut dalam semangat penyatuan - Raja Bahrin
Negeri di bawah pentadbiran pembangkang perlu mencontohi langkah kerajaan Terengganu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang ditetapkan oleh kerajaan Pusat.

Amanah terkejut BN letak calon di DUN Tepuh
Raja Kamarul Bahrin berkata, Mesyuarat Sekretariat Perpaduan Terengganu sebelum ini bersetuju memberikan kerusi itu kepada Amanah.

PRU15: PH Terengganu sasar tawan empat kerusi Parlimen
Lokasi yang menjadi sasaran itu merupakan kawasan yang celik maklumat dengan ramai orang muda dan institusi pendidikan.

Dewan tangguh 10 minit, timbalan menteri pitam
Kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu berlaku ketika Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menjawab soalan lisan kedua.

Laporan penuh insiden lif PPR Kerinchi terhempas dalam jangka masa terdekat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan laporan penuh insiden lif terhempas akan diketahui dalam masa terdekat.

Institusi perbankan perlu longgar syarat bantu golongan B40 miliki rumah
Institusi perbankan di negara ini disaran memberi kelonggaran kepada pemohon pinjaman perumahan terutama golongan B40 dengan mengambil kira pendapatan hasil kerja sambilan mereka.

Wan Azizah ambil cuti turun kempen PRK Cameron Highlands
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ambil cuti kerana enggan dilihat menyalahgunakan jawatan.

Pembinaan insinerator 'Waste-to-Energy' di tiga negeri dalam perancangan
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf insinerator yang sedia ada di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

'Saya kena kuat dan positif raya tahun ini' - Noryn Aziz ulas isu perceraian
Penyanyi Noryn Aziz memberitahu dia kini perlu kuat dan sentiasa positif melalui apa jua yang berlaku di antara dia dan suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Harapan Terengganu umum calon minggu ini
Pengumuman itu dijangka akan dibuat dalam tempoh empat ke lima hari lagi, setelah Pusat membuat pengesahan dan memberi kelulusan.