KUALA LUMPUR:
Samsung Electronics Malaysia melancarkan barisan televisyen dikuasakan Kecerdasan Buatan (AI) tercanggihnya, menampilkan model baharu Neo QLED 8K dan 4K serta OLED.

Barisan televisyen Samsung 2024 yang ditambahbaik prestasi pemprosesnya memberi definisi baharu kepada tontonan pintar, direka untuk mengubah pengalaman hiburan di rumah ke tahap yang lebih tinggi.

Menetap penanda aras baharu dengan kualiti gambar yang seakan hidup, teknologi audio premium dan jajaran aplikasi juga servis yang pelbagai, Neo QLED 8K tampil sebagai televisyen terunggul dengan Pemproses NQ8 AI Gen3.

Pengalaman menonton terunggul dipacu Pemproses NQ8 AI Gen3

Engin AI Neural Processing Unit (NPU) memacu proses dua kali lebih pantas daripada model terdahulu dengan peningkatan lapan kali ganda dalam rangkaian sarafnya, dari 64 ke 512, membolehkan secara serentak menghasilkan gambar terjelas sambil mengoptimumkan penggunaan tenaga, menjanjikan pengalaman menonton yang tiada tolok bandingnya.

Menampilkan 8K AI Upscaling, Neo QLED mengangkat keunggulan Pemproses NQ8 AI Gen3 dan rangkaian sarafnya dengan menambahbaik ketajaman kandungan beresolusi rendah yang dinaik taraf hampir mencapai resolusi 8K Samsung.

Neo QLED juga memiliki ciri AI Motion Enhancer Pro, yang menyerlahkan kelancaran dan kejelasan visual, menyelesaikan isu lazim ketika penstriman perlawanan sukan beresolusi tinggi, juga Real Depth Enhancer Pro yang menambah kedalaman paparan, memberi pengalaman visual yang lebih imersif.

Terdapat dalam dua model, QN800D dan QN900D ditawarkan dalam saiz 75 dan 85 inci - dengan model QN900D menampilkan Infinity Air Design yang merangkumi profil sisi senipis 13.1mm, disokong Mystic Floating Stand yang memberikan kesan cermin yang unik, membuatkan televisyen tersebut kelihatan seakan terapung.

Televisyen canggih ini juga membawakan audio tepat dikuasakan teknologi bunyi AI untuk bunyi yang kaya dan hidup menerusi inovasi terbaharu Samsung, Active Voice Amplifier (AVA) Pro Function, yang bertindak sebagai penggalak dialog AI yang mengekstrak dan mempertingkatkan kejelasan suara daripada audio bercampur.

Samsung juga memperkenalkan AI Customization Mode, yang secara automatik menyelaras tetapan gambar kepada kemahuan pengguna dan AI Auto Game Mode mengoptimum kualiti tetapan gambar dan audio sebaiknya.

AI Energy Mode juga secara pintar menjimatkan tenaga dengan menganalisa tabiat pengguna juga keadaan sekelilingnya menerusi Environment Adaptive Brightness, yang menyelaras kecerahan berdasarkan pencahayaan sekitar.

Ciri AI tercanggih turut menghidupkan Neo QLED 4K dan OLED

Neo QLED 4K pula dipacu Pemproses NQ4 AI Gen2, memberi nafas baharu kepada paparan 4K dengan kejelasan tanpa tandingan, disempurnakan oleh Real Depth Enhancer Pro dan Quantum Matrix Technology, juga paparan Pantone Validated yang meletakkan standard baharu pada ketepatan warna.

Siri Neo QLED 4K terdapat dalam saiz 65 hingga 98 inci.

Selain itu, Samsung juga memperkenalkan OLED Glare-Free yang menyahkan pantulan cahaya yang tidak perlu ketika mengekalkan kehitaman dan imej jelas di bawah apa sahaja pencahayaan.

Dikuasakan juga oleh Pemproses NQ4 AI Gen2, televisyen OLED Samsung turut menampilkan ciri seperti Real Depth Enhancer dan OLED HDR Pro, membawa kualiti gambar ke tahap lebih tinggi.

Dengan Motion Xcelerator 144Hz, OLED memaparkan pergerakan lancar seperti bendalir dan waktu tindak balas lebih pantas, cukup cocok sebagai skrin ‘gaming’ terbaik.

Televisyen OLED Samsung hadir dalam dua model - S95D dan S90D - dan boleh didapati dalam saiz 65 dan 77 inci.

Pengalaman menonton TV dibawa ke aras baharu dengan Samsung.

Keselamatan data peribadi terjamin dengan Samsung Knox Security

Dengan keunggulan teknologi AI yang ‘mengurus tadbir’ teknologi untuk manusia, keselamatan menjadi keutamaan Samsung dalam barisan televisyen terbaharunya.

Penambahbaikan terbaharu SmartThings mewujudkan pengalaman ruang tamu yang lebih terhubung, membolehkan pengguna memantau dan mengurus peranti dan perkakas rumah pintar Samsung yang lain dengan selesa dari televisyen sebagai hab pusat kawalan pintar.

Ketika Tizen OS Home menawarkan pengalaman peribadi menerusi ekosistemnya dengan akaun pengguna individu yang menyesuaikan kandungan untuk setiap isi rumah, Samsung Knox Security memastikan data sensitif dilindungi daripada ‘malware’ dan akses tanpa kebenaran.

Dengan ciri seperti Knox Vault, cip khusus yang didedikasikan untuk tujuan ini, Samsung memastikan pemindahan data-data disulitkan antara semua peranti yang disambungkan, untuk ketenangan minda pengguna di era digital yang sentiasa terhubung.

Barisan perkakas audio terbaharu untuk melengkapkan pengalaman visual unggul

Samsung memperkenalkan Music Frame, peranti serba baharu dijana Dolby Atmos® diintegrasi dengan paparan visual yang boleh disesuaikan dengan citarasa anda, menawarkan pengalaman audio yang harmoni dan menyeluruh sama ada digantung di dinding atau berdiri dengan sendirinya.

Dengan keterhubungan tanpa wayar melalui WiFi dan Bluetooth, Music Frame membolehkan penstriman muzik dengan mudah dari telefon pintar anda, berupaya dihubungkan kepada lima peranti serentak, dipertingkatkan dengan ciri pintar seperti bantuan suara terbina di dalamnya.

Pembesar suara serba boleh ini boleh dioperasi secara sendiri atau disegerakkan hingga dua peranti menggunakan teknologi Q-Symphony, ia menambah pengalaman menonton dengan bunyi keliling.

Begitu juga Q-series Soundbar, yang juga menampilkan sokongan daripada Dolby Atmos®, mudah disegerakkan dengan televisyen Samsung, menggabungkan pembesar suara segenap arah untuk pengalaman akustik yang memberi definisi baharu kepada pengalaman hiburan di rumah.

Dari 3 Mei hingga 30 Jun 2024, pelanggan boleh meraih pelbagai ganjaran seperti kredit Touch n’ Go e-Wallet sehingga RM2,900 dan memenangi hadiah bernilai keseluruhan RM140,000 untuk barisan televisyen dan peranti bunyi Samsung terbaharu.

Anda juga boleh menyertai peraduan untuk berpeluang memenangi hadiah bonus seperti Q-Series Soundbar, telefon pintar Galaxy S24, serta pembersih vakum Bespoke Jet Plus dengan memuat naik resit serta satu gambar kreatif.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.samsung.com/my/offer/2024-ai-tv/launch/.



Samsung TV: Era baharu televisyen dikuasakan AI