KUALA LUMPUR: Pemimpin dan akar umbi UMNO di kawasan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya berasa selesa.
Sebaliknya, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mereka supaya terus bekerja keras agar sokongan kembali kepada parti itu dalam pilihan raya akan datang.
Jelas beliau, kerusi-kerusi Parlimen berkenaan merupakan kawasan yang dimenangi oleh UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini.
"UMNO Bahagian di kawasan itu harus tidak berasa selesa dengan adanya dukungan Ahli Parlimen yang berkenaan.
"Biarpun mereka (Ahli Parlimen pembangkang) membantu dan menyokong perdana menteri tapi UMNO sebagai parti politik harus memperkuatkan pengaruh di akar umbi bagi mengembalikan dukungan pengundi dan rakyat kepada sesiapa saja yang akan dicalonkan mewakili UMNO dan BN (Barisan Nasional) di kawasan itu nanti," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen pada Khamis.
Ditanya sama ada UMNO akan menerima Ahli Parlimen Bersatu sekiranya mereka ingin kembali ke pangkuan parti itu, Ahmad Zahid menjelaskan pihaknya belum mengadakan perbincangan.
"Kita belum terfikir perkara itu dan kita akan berbincang dengan pemimpin di bahagian atau kawasan Parlimen itu untuk menentukan haluan baru," katanya lagi.
Ditanya dakwaan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa terdapat elemen rasuah sehingga empat Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar, ini jawapan Ahmad Zahid.
"Saya minta beliau buktikan adanya elemen rasuah," katanya.
Ahmad Zahid menjelaskan, sokongan telah ditunjukkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang kepada Perdana Menteri itu disifatkan sangat positif dan ia perlu dilihat dengan sangkaan baik.
Malah beliau menjangkakan lebih ramai lagi Ahli Parlimen pembangkang, khususnya daripada Bersatu akan mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.
Astro Awani
Thu Nov 09 2023
![Ahli UMNO jangan rasa selesa di sebalik sokongan 4 MP Bersatu kepada PM - Zahid Ahli UMNO jangan rasa selesa di sebalik sokongan 4 MP Bersatu kepada PM - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696935304_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid menjelaskan, sokongan telah ditunjukkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang kepada Perdana Menteri itu disifatkan sangat positif dan ia perlu dilihat dengan sangkaan baik. - Gambar fail/Bernama
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
Perancis adakan pusingan kedua pengundian hari ini
Tinjauan pendapat meramalkan parti berhaluan kanan, National Rally (RN), bakal memperoleh undi terbanyak tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.
![Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red? Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720339988_Dira.jpg)
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan umat Islam supaya mengambil iktibar sifat sabar dan gigih Nabi Muhammad SAW ketika memperkenalkan sesuatu perkara baharu dengan memikirkan pendekatan strategik agar ia dapat disampaikan secara teran, jelas dan berkesan supaya dapat difahami serta diterima.
![PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720337053_AnwarIbrahim.jpg)
PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.
![Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697723910_TBprolintas.jpg)
Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas
Prolintas menegaskan tuntutan RM100 juta lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan DASH sebagai tidak berasas.
![RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720076038_ZahidHamidi.jpg)
RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang dipengerusikan beliau hari ini.
![PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719301389_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap
TPM berazam akan membantu kawasan Sungai Bakap yang dikategorikan sebagai luar bandar.
![Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.
![BN guna lambang sendiri pada PRU16 - Ahmad Zahid BN guna lambang sendiri pada PRU16 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719735298_TBzahidhamidi.jpg)
BN guna lambang sendiri pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) biarpun mengadakan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).
![TVET diharap sentiasa jadi pilihan utama lanjut pelajaran - Ahmad Zahid TVET diharap sentiasa jadi pilihan utama lanjut pelajaran - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719671337_TBZahidHamidi.jpg)
TVET diharap sentiasa jadi pilihan utama lanjut pelajaran - Ahmad Zahid
TVET diharapkan sentiasa menjadi pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, terutama dalam kalangan pelajar yang tidak mendapat keputusan baik dalam SPM.
![‘Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli’ - Mohamad Sabu ‘Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli’ - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719659212_umno.jpg)
‘Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli’ - Mohamad Sabu
Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli - Mohamad Sabu
![Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663745283_TBAZLANRAZALI.jpg)
Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM
SPRM akan menyediakan tenaga pengajar Training of Trainers (TOT), dan pensyarah bagi modul-modul teknikal yang berkaitan dengan Akta SPRM 2009.
![Kerajaan buta warna dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid Kerajaan buta warna dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719303558_ZahidHamidi.jpg)
Kerajaan "buta warna" dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid
Kerajaan mengambil pendirian 'buta warna' dalam memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus TVET di negara ini.
![UiTM berperanan penting lahir golongan profesional, teknokrat Bumiputera - Ahmad Zahid UiTM berperanan penting lahir golongan profesional, teknokrat Bumiputera - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719265810_AhmadZahidHamidi.jpg)
UiTM berperanan penting lahir golongan profesional, teknokrat Bumiputera - Ahmad Zahid
Usaha itu perlu, memandangkan tidak ada satu bidang profesional dan teknikal yang Bumiputera telah mencapai kadar peratusan berkenaan.
![Jangan berunding ketika parti lemah - Ahmad Zahid Jangan berunding ketika parti lemah - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719119680_ahmadzahid.jpg)
Jangan berunding ketika parti lemah - Ahmad Zahid
Beliau berkata, soal bekerjasama dengan siapa tidak perlu diberi perhatian terlebih dahulu kerana hanya dengan kekuatan pihak lain barulah akan ada perundingan berlaku.