Situasi dalam negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan agenda untuk memperbaiki keadaan negara dijangka menjadi antara topik utama yang akan dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bermula Jumaat hingga Ahad ini.
Selepas Bersatu bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14, perhimpunan agung kali kedua itu sudah pasti berbeza setelah Bersatu kini menjadi parti dalam kerajaan - bukan pembangkang seperti perhimpunan pertama tahun lepas.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya berkata selepas PH menakluk Putrajaya Mei lepas, agenda memperbaiki keadaan negara yang rosak akibat pentadbiran terdahulu penting untuk diperjelaskan daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat kepimpinan tertinggi memandangkan ia masih kurang difahami sesetengah pihak.
"Sudah pasti banyak perkara akan dibangkitkan jurucakap (pembahas) negeri kerana ia masih dalam suasana kekeliruan seperti perjalanan pentadbiran dan pemimpin parti di peringkat akar umbi selepas kemenangan pada PRU14.
"Apabila kita dapat feedback nanti, kita akan gunakannya sebagai agenda perjuangan. Ini penting bagi kita kerana ia titik permulaan tentang lakaran perjalanan parti (selepas menawan Putrajaya)," katanya dalam temu bual dengan beberapa organisasi media baru-baru ini.
Temu bual itu bersempena perhimpunan agung kali kedua parti itu yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar berkata pada perhimpunan agung tahun lepas mereka bersuara sebagai pembangkang tetapi kini sebagai parti kerajaan, platform tersebut perlu digunakan sebaik-baiknya.
"Agenda Melayu Bumputera dan Islam pastinya turut dibangkitkan nanti kerana ia memang dekat dalam Bersatu selain memberi keutamaan dan penekanan kepada isu sosial, ekonomi, pendidikan yang (Bumiputera) masih terbelakang.
"Jadi ini isu pokok untuk kita tangani dan pada masa sama, kita bangunkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," pesannya kepada bakal-bakal pembahas perhimpunan agung tersebut.
Mengulas lanjut mengenai kriteria pembahas dan topik yang akan dibahaskan, Marzuki berkata parti telah memutuskan bahawa pembahas yang dipilih bebas untuk menyentuh mana-mana isu yang bersesuaian namun akan dibimbing dan dipantau dari segi intipati perbahasan.
Katanya, dalam kerajaan baharu sekarang, pimpinan Bersatu perlu berfikiran terbuka dan menerima sebarang keluhan dan pandangan, bukan sahaja untuk parti tetapi untuk negara.
"Kita pembangkang sebelum ini dan telah suarakan (pandangan) untuk rakyat dan negara. Sekarang sudah jadi government (dalam PH), jangan takut untuk mendengar suara akar umbi.
"Dulu kita bercakap pasal 1MDB, kita ambil tindakan, jadi sekarang kita kena cakap benar dan buat keputusan biar semua pihak bercakap pasal kebenaran," katanya.
Beliau turut menasihatkan pembahas yang mungkin baru pertama kali berada di pentas, supaya mengawal emosi dan jangan tersasar daripada topik sewaktu perbahasan tertutup selama tujuh minit itu.
"(Perbahasan tertutup kerana) banyak sensitiviti . Tidak mahu pembahas tersasar kerana emosi di atas pentas. Kita tidak mahu (jadi) parti yang perjuang satu kaum tapi nafi (hak) kaum lain. Ini Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Marzuki berkata pihaknya juga sedang menambah baik proses pendaftaran anggota-anggota baharu parti melalui sistem pendaftaran dalam talian dan juga menggunakan borang (kertas) memandangkan jumlah anggota kini mencecah 200,000 orang.
"Sebelum PRU14, kita telah deregistered (dibatalkan pendaftaran). Jadi, banyak dokumen ahli telah tercicir dan kita tidak dapat bagi angka pasti mengenai jumlah keahlian.
"Namun, kita dalam proses tambah baik proses keahlian. Ada juga yang jadi ahli baharu dan dakwa nama tiada dalam sistem, ada juga yang datang tuntut jawatan kononnya telah lama jadi ahli," katanya.
Kira-kira 3,000 perwakilan dijangka menghadiri perhimpunan agung tiga hari itu melibatkan 135 bahagian di seluruh negara, termasuk wakil daripada 98 sayap Srikandi dan 115 Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 25 2018
Marzuki berkata pihaknya juga sedang menambah baik proses pendaftaran anggota baharu melalui sistem pendaftaran dalam talian dan borang (kertas) memandangkan jumlah anggota kini mencecah 200,000 orang. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Manfaat belanjawan, pertumbuhan ekonomi perlu sampai ke akar umbi - PM
Anwar berkata, kerangka belanjawan dan pembangunan negara bukan sahaja bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi ia juga perlu memastikan manfaat itu sampai kepada akar umbi.
FCKL julang Piala Iber Barcelona 2024
Skuad FC Kuala Lumpur (FCKL) Bawah 14 Tahun (B-14) muncul juara Piala Iber Barcelona 2024 buat julung kalinya.
Polis Indonesia digesa teruskan pengawasan terhadap JI susulan pengumuman pembubaran
Unit Antikeganasan Polis Elit Indonesia (Densus 88) digesa mengekalkan kewaspadaan terhadap Jemaah Islamiyah (JI) berikutan pengumuman pembubaran oleh pemimpin utamanya baru-baru ini.
PRK Sungai Bakap: Pas masih perhalusi senarai calon
Pas Pulau Pinang masih memperinci dan memperhalusi senarai calon yang akan bertanding pada PRK DUN Sungai Bakap sebelum mengemukakannya kepada pucuk pimpinan parti untuk dimuktamad.
[KOLUMNIS] Semarak Kampus MADANI perkasa hubungan KPT, IPT
LANDSKAP pendidikan di Malaysia mencatat satu lagi fenomena dengan kejayaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam program Semarak Kampus MADANI atau Jerayawara KPT.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
PRK KKB: Ahmad Zahid yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid yakin ahli parti itu di DUN Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN itu, 11 Mei ini.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
KBS, SIC bantu penempatan Qabil Irfan bagi latihan komprehensif
KBS bersama SIC akan membantu penempatan baharu Qabil Irfan Azlan di Selangor selepas beliau diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam Program Pembangunan Sukan Permotoran.
UMNO perlu kerap turun padang beri penjelasan - Anwar
Anwar berkata hubungan parti-parti di dalam PH dengan UMNO adalah amat baik pada masa ini.