KEPALA BATAS: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah turun padang secara berterusan untuk mengadakan pertemuan dengan akar umbi parti di seluruh negara, bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu UMNO menggarab semula sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada calon parti itu bagi mewakili Barisan Nasional (BN).
"Jelajah akar umbi itu saya telah jalankan sejak Oktober tahun lepas dan sambutan daripada akar umbi memang luar biasa. Mereka dahagakan maklumat semasa dan saya berikan penjelasan biarpun tidak terperinci, dengan menggariskan beberapa isu yang menjadi persoalan kepada mereka.
"Persepsi bertambah baik (terhadap Kerajaan Perpaduan), walaupun kerajaan ini di bawah Anwar sering dilemparkan dengan (dakwaan) beberapa isu. Tetapi saya yakin dengan adanya jumlah dua pertiga (sokongan) yang ada di Parlimen bersama (Kerajaan Perpaduan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO bersama UMNO Bahagian Kepala Batas, yang turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat pertama susulan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024), akan diadakan pada Isnin ini untuk berbincang dengan pengerusi kluster.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) berkata KEB 2024 itu, memperlihatkan komitmen kerajaan melaksanakan semua resolusi yang munasabah dilaksanakan, tanpa perlu mewujudkan agensi-agensi baharu.
"Kita perkukuhkan agensi yang sedia ada dan mana-mana program telah dibatalkan seperti Unit Penyertaaan Bumiputera, kita wujudkan Unit Pemerkasaan Bumiputera supaya agenda bumiputera dilaksanakan tanpa mengetepikan kesaksamaan kepada etnik kaum di negara kita," katanya.
KEB 2024, yang dianjurkan Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 29 Feb hingga 2 Mac, diadakan bagi menetapkan hala tuju, dasar dan pendekatan baharu agenda pemerkasaan bumiputera.
Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata satu sekretariat tetap akan diwujudkan pada kadar segera, bagi tujuan pemantauan pelaksanaan resolusi yang ditetapkan pada KEB 2024, dan akan diletakkan di bawah MEB.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang seterusnya, dicadangkan akan berlangsung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Selepas dianjurkan di Perak dengan sambutan luar biasa, kita nak ia dianjurkan di negeri-negeri lain pula dan kita mencadangkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan ini dilakukan dalam bulan Syawal di Pulau Pinang," katanya.
Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan di Perak pada Januari, telah dihadiri lebih 1,500 perwakilan mewakili Pakatan Harapan dan BN negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) pada Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO Bersama UMNO Bahagian Kepala Batas hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.