LANDSKAP pendidikan di Malaysia mencatat satu lagi fenomena dengan kejayaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam program Semarak Kampus MADANI atau Jerayawara KPT
Program ini merupakan konsep turun padang bukan sahaja memperkasa hubungan dua hala KPT dengan mahasiswa malah mendengar sendiri aduan atau keluh kesah pelajar dan kakitangan universiti yang terdiri daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.
Program ini juga mencipta sejarah baharu di dalam sektor pendidikan kerana ia memberi suntikan semangat dan harapan kepada warga IPT.
Sehubungan itu, Menteri Pendidikan Tinggi dan Timbalannya akan mendengar sendiri segala permasalahan yang disuarakan oleh komuniti IPT di peringkat akar umbi.
Konsep turun padang ini harus dipuji kerana ia memberi pendedahan kepada KPT dan seluruh pengurusan tertinggi KPT bagi melihat lebih dekat realiti dan permasalahan yang berlaku di IPT.
Idea ini tercetus daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir seperti yang diumumkan dalam Majlis Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi 2024 di Universiti Malaya pada 12 Januari lalu.
Umumnya, siri jelajah tersebut dijalankan di institusi pendidikan merangkumi universiti awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti di 16 zon seluruh negara.
KPT juga telah merancang pelbagai aktiviti bagi mengisi Program Semarak Kampus MADANI yang melibatkan seluruh komuniti institusi terdiri daripada mahasiswa dan kakitangan institusi tersebut.
Inti pati pelaksanan program ini akan memperkukuhkan usaha kolaborasi dan kerjasama strategik antara KPT dan semua IPT di seluruh negara.
Selain itu, program ini juga bermatlamat menjaga aspek kebajikan pelajar dan kakitangan institusi melalui konsep dengar, pemerhatian dan bertindak bagi menyelesaikan setiap permasalahan di setiap institusi di dalam negara.
Inisiatif program ini bukan sahaja membuka ruang penglibatan pelajar dan kakitangan IPT untuk lebih dekat dengan KPT malah memberi harapan dan aspirasi bagi menyampaikan idea, masalah dan pendapat kepada KPT.
Istimewanya, program ini memperlihatkan kesanggupan Zambry dan pengurusan tertinggi KPT meneroka pengalaman berharga dengan bermalam di kolej kediaman bagi mencipta lembaran kenangan dan memori peribadi 'kembali ke kampus' yang pernah dilalui suatu ketika dahulu.
Fokus KPT di IPT
Gedung institusi merupakan tempat bagi pelajar untuk menimba ilmu, berfikir secara analatik, berwawasan, mengasah bakat kepimpinan, kepakaran serta berani memberi pandangan atau kritikan secara berhemah bagi membantu menyumbang kepada kemajuan sosial, politik, ekonomi, perkembangan teknologi serta pembangunan negara secara holistik.
Oleh yang demikian, program Program Semarak Kampus MADANI memfokuskan kepada usaha KPT agar lebih fokus, optimis dan realistik di dalam perancangan menyelesaikan masalah dalaman di IPT seperti isu kurangnya infrastruktur pembelajaran, mewujudkan eko-sistem yang seimbang serta suasana kampus yang kondusif, menghijau dan mesra alam.
KPT juga berusaha mempertingkatkan kemudahan belajar untuk golongan pelajar biasa dan OKU agar lebih selesa di dalam pengajian seperti menyediakan kemudahan komputer, projektor, gajet, ruang santai yang selesa untuk mengulang kaji, memperbaiki capaian telekomunikasi internet, wi-fi seluruh kampus, menyediakan lebih peluang belajar serta mengatasi masalah keciciran belia untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu dengan menawarkan penyediaan bantuan kewangan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), zakat dan biasiswa.
Langkah itu merupakan usaha serampang dua mata KPT bagi memberi semangat, dorongan, motivasi serta menawarkan infrastruktur yang baik kepada seluruh pelajar IPT bagi memastikan kejayaan mereka di dalam pengajian dan benar-benar memenuhi keperluan modal insan yang bestari, berkualiti kepada pemegang taruh atau organisasi luar.
Memenuhi kehendak
Lazimnya, subjek dan kokorikulum pembelajaran harus selari dan memenuhi kehendak piawaian semasa.
Penerokaan daya cipta juga harus melibatkan pelajar IPT bagi mengasah minda, membina kreativiti dan menyokong aspirasi negara.
Usaha ini penting kerana golongan mahasiswa dan mahasiswi merupakan tunjang utama, permata berharga dan pelapis negara pada masa hadapan.
Hakikatnya hubungan KPT dan IPT berpisah tiada; ibarat aur dengan tebing.
Hasrat murni KPT merupakan ilham yang menyokong dasar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu selaras dengan Gagasan Malaysia MADANI.
Situasi ini dapat dilihat dengan agenda membina hubungan yang mesra dengan mendekatkan diri dengan warga IPT di seluruh Malaysia.
Usaha ini mendukung enam rukun Malaysia MADANI iaitu membina kesejahteraan di kalangan komuniti IPT, membina sifat ihsan dan hormat menghormati melalui hubungan dua hala antara pelajar dan pemimpin dengan mendengar dan memberi maklum balas, menggalakkan pelajar bergiat dengan projek inovasi iaitu daya cipta, membina keyakinan warga IPT demi kemajuan dan membina kemampanan di kalangan pelajar dan kakitangan IPT secara menyeluruh.
Pepatah ada mengatakan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Inilah pendekatan harmonis yang dapat diterjemahkan melalui pelancaran program Semarak Kampus MADANI atau Jerayawara KPT.
Diharapkan usaha dinamik ini akan membuahkan kemanisan pencapaian, menjadi penanda aras demi meningkatkan hubungan komunikasi dan persefahaman jangka panjang di antara KPT dengan warga IPT serta dapat diteruskan dari masa ke semasa.
Tuntasnya, program ini amat praktikal kerana ia mewujudkan jambatan hubungan antara pemimpin KPT dan komuniti IPT sendiri.
Program ini juga merupakan langkah proaktif KPT di dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab sosial bagi membantu ke arah penyelesaian serta mengeratkan hubungan antara kepimpinan KPT dan warga IPT.
* Norazlinda Mohammad merupakan Pensyarah Kanan bidang Kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Wed May 29 2024
Konsep turun padang ini harus dipuji kerana ia memberi pendedahan kepada KPT dan seluruh pengurusan tertinggi KPT bagi melihat lebih dekat realiti dan permasalahan yang berlaku di IPT. - Gambar fail/Bernama
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
[KOLUMNIS] Semarak Kampus MADANI perkasa hubungan KPT, IPT
LANDSKAP pendidikan di Malaysia mencatat satu lagi fenomena dengan kejayaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam program Semarak Kampus MADANI atau Jerayawara KPT.
KPT salurkan peruntukan RM8.6 juta naik taraf kemudahan IPT di Sarawak
UNIMAS terima peruntukan terbesar sebanyak RM4.8 juta diikuti UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan dengan RM2 juta.