JELEBU: Presiden UMNO. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin ahli parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, 11 Mei ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO telah melakukan beberapa siri penjelasan kepada ahli dan penyokong parti di peringkat akar umbi mengenai beberapa isu yang dimainkan pembangkang.
"...beberapa siri penjelasan akar umbi telah dilakukan, maka perkara agak kabur pada satu ketika itu telah mula ada pencerahan.
"Jentera parti dari seluruh Selangor dan negeri lain juga membantu berikan pencerahan bagi isu dimainkan oleh pembangkang," katanya kepada pemberita di Perkarangan Kompleks UMNO Jelebu Simpang Pertang.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pembangkang bahawa kerjasama di antara UMNO dan DAP ditolak orang ramai termasuk dalam PRK Kuala Kubu Baharu.
Terdahulu, beliau menghadiri majlis sambutan Hari Raya Parlimen Jelebu yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Mengulas tindakan segelintir penyokong Perikatan Nasional (PN) mengabungkan logo UMNO dan DAP ketika hari penamaan calon PRK DUN itu, Ahmad Zahid menyifatkan pembangkang sudah ketandusan modal.
"Ini bukan pertama kali, mereka melakukan taktik dipanggil 'UMDAP' ini, pilihan raya enam negeri yang lepas juga turut dimainkan isu yang sama.
"Saya pasti banyak isu lama akan diputar semula bagi PRK Kuala Kubu Baharu ini kerana mereka telah ketandusan modal dan gunakan modal lama untuk hentam UMNO," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024

Ahmad Zahid berkata, UMNO telah melakukan beberapa siri penjelasan kepada ahli dan penyokong parti di peringkat akar umbi mengenai beberapa isu yang dimainkan pembangkang. - Gambar Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kerajaan, pembangkang perlu bersatu tangani fitnah dalam talian
Kedua-dua blok perlu berganding bahu mencari penyelesaian terbaik kerana budaya fitnah serta hasutan jika dibiarkan boleh menjejaskan perpaduan.

Institusi Parlimen berperanan besar semak dan imbang pentadbiran – KP J-KOM
Katanya, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang punyai peranan penting dalam mencapai agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.

Himpunan Solidariti Najib: Pas beri jaminan tiada kejadian luar kawal
Pas memberi jaminan tiada kejadian yang akan berlaku di luar kawalan ketika berlangsungnya himpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan pada Isnin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pembangkang Korea Selatan rancang dakwa PM Han Duck Soo
Pembangkang mendakwa Han melengahkan pelaksanaan undang-undang yang bertujuan untuk menjelaskan tuduhan rasuah terhadap Presiden Yoon.

Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.

Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.

Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memohon maaf atas usaha mengisytihar undang-undang tentera pada minggu ini.

Parti pembangkang Korea Selatan tuntut Presiden Yoon letak jawatan
Parti pembangkang utama Korea Selatan menuntut agar Presiden Yoon Suk Yeol segera meletakkan jawatan selepas pengisytiharan mengejut undang-undang tentera.

Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."