IPOH:Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Perak secara konsensus menamakan ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu.
ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya memaklumkan perkara tersebut menerusi muat naik status di media sosial beliau.
Dalam masa sama, Shahrul Zaman berharap tidak ada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi yang turut mengaitkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Perak.
“Kami semua ADUN UMNO, Barisan Nasional telah secara konsensus mencalonkan Datuk Saarani Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Perak sebagai Menteri Besar Perak.
“Saya mohon untuk kita semua tidak membuat apa-apa spekulasi lagi dan kita serahkan kepada kebijaksanaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk mempertimbangkan siapa yang mempunyai majoriti mudah untuk dipilih menjadi Menteri Besar Perak, InsyaAllah,” katanya dengan memetik hantaran di akaun media sosialnya itu.
Ikuti perkembangan terkini politik Perak di sini
Shahrul Zaman antara nama yang disebut sebelum ini sebagai calon Menteri Besar Perak dari UMNO selain Saarani dan ADUN Pangkor, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Antara nama yang disebut sekiranya kerajaan campuran terbentuk adalah Ketua Pembangkang yang juga Naib Pengerusi DAP Perak dan ADUN Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari, namun tiada pengesahan mengenai perkara itu.
Sebelum ini, ketika penjajaran semula kerajaan negeri itu Februari lalu, UMNO negeri mempersembahkan nama Saarani kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Saarani yang menggalas portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna itu merupakan ahli politik berpengalaman dan pernah berada dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah dua Menteri Besar iaitu Tan Sri Tajul Rosli Ghazali dan Zambry sebelum ini.
Manakala Shahrul Zaman yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor pula merupakan bekas Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia satu ketika dulu.
Beliau dikatakan mampu menggalas tugas Menteri Besar berdasarkan pengalamannya di dalam politik serta parti.
Selain itu, Dr Abdul Aziz Bari juga antara yang tersenarai sebagai calon Menteri Besar sekiranya kerajaan campuran antara Umno dan DAP terbentuk di Perak.
Perak mempunyai 59 Adun yang terdiri daripada 25 ADUN Barisan Nasional, Bersatu (5), Pas (3), DAP (16), PKR (3), Amanah (5), Gerakan (1) dan Bebas (1).
Harits Asyraf Hasnan
Mon Dec 07 2020
Semua ADUN UMNO, Barisan Nasional secara konsensus mencalonkan Datuk Saarani Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Perak sebagai Menteri Besar, kata Shahrul Zaman Yahya. - Gambar fail
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Permohonan Pas menghadap sembah Sultan Perak diterima - Abdul Hadi
Abdul Hadi bagaimanapun tidak mendedahkan bila sembah menghadap itu akan dilakukan.
Politik Perak: KJ harap rundingan UMNO dengan Pas, Bersatu disegera
Khairy berkata UMNO hanya akan menubuhkan kerajaan di negeri Perak bersama rakan-rakan dalam PN.
Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin, berkata ia diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat malam ini.
Mesyuarat MKT UMNO putuskan untuk pertahan kerajaan PN di Perak
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak terus dipertahankan.
PH Perak tentukan keputusan, cadangan berhubung kemelut politik
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Perak diberikan kuasa untuk memutuskan atau membuat sebarang cadangan berhubung kemelut yang berlaku di negeri tersebut.
PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'
Ia bermakna jika ada mana-mana parti komponen PH tidak diterima, maka mereka tidak akan menyertai kerjasama baharu itu.
Pengerusi Amanah Perak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan parti lain
"Tiada yang mustahil" apabila tiba masanya untuk membentuk satu gabungan baharu, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi hari ini.
Pas akan akan bincang kemelut politik di Perak
PAS akan mengadakan mesyuarat di peringkat parti itu bagi membincangkan kemelut politik yang berlaku di Perak.
Pas enggan campur urusan UMNO Perak jika mahu gabung dengan DAP, Amanah
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata itu adalah hak UMNO Perak.
Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok?
Perkenan itu dibuat Sultan Nazrin seiring duluan (precedent) sebelum ini termasuk sewaktu pembentukan Kerajaan Negeri Perak pada 2018 dan krisis politik awal tahun ini.