Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu akan terus membangkitkan isu mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.
Teh berkata walaupun usul itu ditolak untuk dibahas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini, beliau bertekad terus membawa perkara itu pada mesyuarat DUN akan datang demi kepentingan awam.
"Perkara itu (kenapa usul ditolak) perlu ditanya kepada Speaker...saya akan cuba bawa usul ini lagi pada mesyuarat akhir tahun atau tahun depan demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan DUN dan sesi perbahasan akan bermula Jumaat ini hingga 19 Mei.
Teh berkata usul itu tidak bermotifkan politik, sebaliknya demi kepentingan rakyat dalam proses reformasi dan pendemokrasian, bagi memberi peluang kepada pemimpin yang berkebolehan untuk menerajui tampuk pemerintahan.
Ini merupakan kali kedua usul yang sama ditolak selepas persidangan DUN 10 Nov 2014 apabila cadangan Teh berhubung perkara itu ditolak selepas mendapat pelbagai reaksi daripada wakil rakyat.
Sementara itu, ADUN Penanti Dr Norlela Ariffin juga menghadapi nasib yang sama apabila dua usul beliau juga tidak diterima dan perlu dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam negeri.
Norlela berkata kedua-dua usul iaitu meminta PAC memeriksa Belanjawan 2016 sebagai input kepada Belanjawan 2017 dan meminta PAC memeriksa keseimbangan Pelan Induk Pengangkutan negeri.
"Saya mendapat surat daripada Speaker DUN untuk membawa usul ini dalam mesyuarat PAC terlebih dahulu sebelum usul ini dibangkitkan dalam persidangan DUN yang akan datang," katanya.
Sementara itu, Speaker DUN Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang berkata daripada enam notis usul yang diterima, hanya satu diluluskan untuk dibentang dan dibahas pada sidang dewan kali ini.
Usul yang diterima untuk dibahas ialah yang dikemukakan ADUN Barisan Nasional (BN) Muhamad Farid Saad (Pulau Betong) mengenai isu projek tambakan laut di selatan pulau negeri.
Law berkata usul yang dikemukakan Teh ditolak kerana terdapat masalah teknikal selain mereka menggunakan peraturan mesyuarat yang salah dan wakil rakyat itu boleh menyerahkan semula usul berkenaan pada sidang DUN akan datang.
Bernama
Tue May 10 2016

Walaupun usul ditolak untuk dibahas pada sidang DUN kali ini, Teh (gambar) bertekad terus membawa perkara itu pada mesyuarat akan datang. -Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Ahmad Fuzi angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kelapan.

Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT P. Pinang kelapan kepada Ahmad Fuzi
Pelantikan bekas diplomat itu berkuat kuasa esok sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat selama 20 tahun.

Tan Sri Ahmad Fuzi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8
Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas.

Ketua Hakim Negara dahului penerima darjah kebesaran Pulau Pinang
Terdapat dua penerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Tun Abdul Rahman dilantik semula sebagai YDP Negeri Pulau Pinang
Abdul Rahman, 79, menerima Surat Cara Pelantikan bagi tempoh empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam istiadat di Istana Negara di sini.

ADUN Tanjung Bungah akan terus bangkitkan isu had tempoh Ketua Menteri
Walaupun usul itu ditolak untuk dibahas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini, Teh bertekad terus membawa perkara itu pada mesyuarat DUN akan datang demi kepentingan awam.