GEORGE TOWN : Mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pernah memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal tidak boleh dilantik semula untuk memegang jawatan tersebut.
Ia termasuk ADUN Air Putih, Lim Guan Eng yang menjawat jawatan tersebut selama dua penggal iaitu sejak 2008 sehingga 2018.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, merujuk kepada peruntukan Perkara 7 Fasal 2 (a)(ii) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, ia jelas memperuntukkan bahawa Ketua Menteri hendaklah dilantik dalam kalangan orang yang tidak pernah pada bila-bila masa memegang jawatan Ketua Menteri bagi dua penggal.
Kata beliau, pindaan Perlembagaan tersebut telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri pada 2018 dan berkuat kuasa bermula 1 Februari 2019.
"Cadangan untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara melalui Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang pada 11 Jun 2018.
"Malah, cadangan pindaan kepada Perlembagaan Negeri Pulau Pinang ini juga telah dibincangkan di dalam beberapa siri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada Julai dan Ogos tahun sama.
"Akhirnya, Perkara 7 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dipinda bagi memperuntukkan kriteria tambahan berhubung dengan kelayakan seorang ADUN untuk dilantik sebagai Ketua Menteri," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri, Komtar pada Jumaat.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan terdapat desakan dari dalam DAP untuk menyekat Kon Yeow daripada kembali menjadi Ketua Menteri selepas pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Malah, laporan itu mendakwa, gerakan tersebut dikatakan mahu Guan Eng yang juga Pengerusi DAP kembali menerajui kerajaan negeri dengan alasan Kon Yeow dilihat tidak berkesan sebagai Ketua Menteri.
Laporan portal itu turut menyebut pertemuan dengan tiga ADUN yang tidak berpuas hati berkenaan diadakan Selasa lalu.
Tambah Kon Yeow, melalui pindaan itu, seseorang ADUN tidak boleh dilantik menjadi Ketua Menteri jika ahli berkenaan pernah memegang jawatan Ketua Menteri selama dua penggal.
"Oleh demikian, selaras dengan perkataan yang jelas dan terang seperti mana diperuntukkan di bawah Perkara 7 Fasal 2 (a)(ii) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan selaras dengan maklumat Hansard bertarikh 16 November 2018, kesimpulan yang boleh dibuat adalah bahawa mana-mana bekas Ketua Menteri selama dua penggal sebelum berkuatkuasa Perkara 7 Fasal 2(a) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang tidak boleh dilantik semula sebagai Ketua Menteri," katanya.
Ditanya sama ada isu penyingkiran beliau sebagai Ketua Menteri itu sengaja dimainkan musuh politik, Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota berkata, perkara itu tidak dapat dipastikan sama ada benar atau sebaliknya.
"Saya tidak pasti pihak mana yang membangkitkan isu ini tetapi ada baiknya juga (ia dibangkitkan) kerana ia memberi kesempatan kepada kerajaan negeri untuk menjelaskan mengenai pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang berkaitan lantikan Ketua Menteri berkenaan.
“Sebelum ini, pihak yang cuba memainkan isu lantikan Ketua Menteri ini tidak begitu faham dengan isu ini, jadi dengan penerangan hari ini mungkin pihak yang cuba memainkan isu ini juga dapat menerima 'pendidikan politik’ yang sewajarnya,” katanya.
3 Mei lalu, seramai 10 ADUN DAP menafikan terlibat dalam mana-mana gerakan untuk menyingkirkan Kon Yeow sebagai Ketua Menteri pada PRN akan datang.
Kesemua mereka merupakan ADUN Pulau Pinang biasa yang tidak memegang sebarang jawatan kerajaan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sama ada sebagai Ketua Menteri, ahli EXCO atau Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.
Mereka diketuai Lim Guan Eng yang juga ADUN Air Putih; Lim Siew Khim (Sungai Pinang); Jason H'ng Mooi Lye (Jawi); Heng Lee Lee (Berapit); Joseph Ng Soon Siang (Air Itam); Ong Ah Teong (Batu Lancang); Daniel Gooi Zi Sen (Pengkalan Kota); M. Satees (Bagan Dalam); Syerleena Abdul Rashid (Seri Delima) dan Chris Lee Chun Kit (Pulau Tikus).
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, 10 ADUN berkenaan menegaskan dan mengesahkan, mereka tidak pernah bercakap dengan portal berita yang menerbitkan artikel berkenaan desakan menukar Kon Yeow sebagai Ketua Menteri berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 05 2023

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan terdapat desakan dari dalam DAP untuk menyekat Kon Yeow (gambar) daripada kembali menjadi Ketua Menteri selepas PRN akan datang. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau
China juga sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi mengekalkan trend pembangunan kerjasama serantau.

Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.

Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.

LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.

Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju

Tanah tapak stesen LRT bukan untuk bina rumah - Chow
Kawasan tanah terbabit adalah tapak untuk pembinaan sebuah sekolah, namun pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB
Jagdeep gagal memenuhi kehadiran minimum dalam mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tahun kewangan syarikat berkenaan.

Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024
Projek infrastruktur utama termasuk LRT Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup.

Pulau Pinang masih kurang hotel - Ketua Menteri
Pulau Pinang masih kekurangan bilik hotel untuk menampung jumlah kemasukan pelancong asing dan domestik yang semakin bertambah.

Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang menerima peruntukan antara RM70,000 hingga RM80,000 setahun bagi menambah baik kemudahan asas.