Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak seperti khabar angin sebelum ini.

Beliau menjawab spekulasi berkenaan dalam status yang dimuat naik di laman sosial Twitter dan Facebook miliknya.

"Ramai yang tanya saya sama ada saya akan terima tawaran untuk bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak. Jawapan saya TIDAK.

"Walaupun Bandar Tun Razak adalah satu kawasan di mana Barisan Nasional boleh menang dan tewaskan PKR."


Sebelum ini, spekulasi menyatakan Shahrizat bakal tercalon di Bandar Tun Razak yang secara tradisinya ditandingi wakil MCA.



Pada PRU13, kerusi Parlimen Bandar Tun Razak ditandingi wakil MCA tetapi tiada pengesahan sama ada akan berlaku pertukaran kerusi antara UMNO dan MCA di sini.