KUALA LUMPUR: Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang pada petang Rabu.
Insiden juga telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.
Sehingga jam 8 malam tadi, operasi untuk mengeluarkan kesemua mangsa masih diteruskan.
Mangsa pertama seorang wanita berusia 51 tahun yang dikenali sebagai Zakiah Yaakop bagaimanapun berjaya dikeluarkan sekitar 8.45 malam.
Zakiah dipercayai pemandu kepada sebuah van yang terperangkap dalam insiden itu.
Pihak bomba dalam satu kenyataan memaklumkan telah menerima panggilan sekitar jam 5.58 petang sebelum mengerahkan tiga operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi serta BBP Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur memaklumkan sebuah lori telah melanggar struktur sokongan binaan tersebut.
Susulan itu, struktur binaan itu telah menghempap sebuah van kilang yang dinaiki empat hingga lima penumpang.
Bagaimanapun, status kesemua mangsa masih belum diketahui.
Sementara itu Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd (PROLINTAS), pemaju bagi projek pembinaan SUKE dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang tadi.
Bagaimanapun lori treler tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan SUKE.
"Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan telah menyebabkan kesesakan trafik yang teruk. Pasukan bomba sedang berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan," menurut kenyataan itu lagi.
Kru Astro AWANI kini berada di lokasi kejadian untuk mendapatkan perkembangan lanjut.
Astro Awani
Wed Mar 03 2021
Insiden dipercayai telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE
Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang pada petang Rabu.