KUALA LUMPUR: Polis selesai mengambil keterangan lima individu termasuk suspek utama bagi membantu siasatan kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata polis berkemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes itu dan akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
"Setakat ini, hanya seorang suspek utama dikenal pasti dan telah ditahan iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 30-an bagi membantu siasatan.
"Berdasarkan semakan, suspek yang masih bujang itu mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan cabul dan samun dan saya menyifatkan kes itu amat tragis serta tidak berperikemanusiaan," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan dua van jenazah daripada Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sabtu lepas mayat seorang penyelia ditemukan disyaki dibunuh dan dibakar di dalam bilik bengkel sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan direman tujuh hari hingga 19 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
Sementara itu, Azmi berkata dua van berkenaan akan ditempatkan di Balai Polis Dang Wangi dan Cheras untuk kegunaan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan pengurusan jenazah.
"Orang ramai boleh datang ke balai polis dan mendaftar nama untuk menggunakan van itu secara percuma. Jika tidak ada pemandu, kita akan membantu dengan memohon bantuan rakan strategik Polis Diraja Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022

Azmi berkata setakat ini, hanya seorang suspek utama dikenal pasti dan telah ditahan iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 30-an bagi membantu siasatan. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentangkan
Ikuti ulasan Pengarah Eksekutif, Institute for Political Reform and Democracy (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan mengenai Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.
MBSB isytihar dividen tunai tunggal RM1.80 sen sesaham bagi 2024
Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mengisytiharkan dividen tunai tunggal peringkat pertengahan sebanyak RM1.80 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Pembayaran dividen ini akan dibuat pada 27 Mac 2025 kepada pemegang saham yang tersenarai dalam Rekod Pendeposit pada 17 Mac ini.
Pembayaran dividen ini akan dibuat pada 27 Mac 2025 kepada pemegang saham yang tersenarai dalam Rekod Pendeposit pada 17 Mac ini.
LHDN kesan 66,000 perniagaan e-dagang gagal patuh cukai
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengenal pasti sebanyak 66,000 perniagaan melalui Platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 sejak 1 Ogos 2024.
Menurutnya, semakan juga mendapati tiada rekod Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan berkenaan dikemukakan sedangkan sejumlah 4 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 66,000 perniagaan itu.
Menurutnya, semakan juga mendapati tiada rekod Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan berkenaan dikemukakan sedangkan sejumlah 4 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 66,000 perniagaan itu.
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Semua kakitangan sedia ada MASWings akan diserap sepenuhnya ke dalam pengoperasian AirBorneo, selaras dengan perjanjian yang ditetapkan.
IMF jangka ekonomi Malaysia berkembang 4.7 peratus tahun ini
Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, keadaan ekonomi yang menggalakkan memberi peluang untuk mengukuhkan penampan dasar makroekonomi dan mempercepatkan pembaharuan struktur.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, keadaan ekonomi yang menggalakkan memberi peluang untuk mengukuhkan penampan dasar makroekonomi dan mempercepatkan pembaharuan struktur.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Tangguh waktu kerja jururawat: Tempoh sesuai semua pihak beri pandangan - Cuepacs
Cuepacs yakin kerajaan akan menangani perkara itu dengan baik, sekali gus memastikan sistem penyampaian kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.

MBI Selangor sasar pendapatan RM8 bilion menjelang 2028 melalui pelaksanaan THRIVE28
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) menyasarkan pendapatan sehingga RM8 bilion menjelang tahun 2028 melalui pelaksanaan pelan THRIVE28.
Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony hari ini kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.

Suspek kes bunuh Nurshamira didakwa
Zalzul Kamar Abdul Ghani mengaku faham pertuduhan dikemukakan pihak pendakwaan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Sungai Long, dekat sini, minggu lepas.

Kes bunuh penyanyi: Bedah siasat temui 14 kesan tikaman, termasuk 5 di dada
Polis mengesahkan terdapat 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama, pada mayat penyanyi sambilan yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Melaka.

7 lelaki didakwa bunuh, tanam rakan dalam kolah
Seorang lelaki tempatan dan enam warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan membunuh dan menanam rakan sekerja di dalam kolah Januari lalu.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari
Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Khamis lepas.

Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan
Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.

Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.

Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.

Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.