Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing selepas mereka diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar Pas ke-65.
Abdul Hadi menerajui parti itu sejak tahun 2002 bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor manakala Tuan Ibrahim menjawat jawatan nombor dua parti sejak 2015.
Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata keputusan itu dibuat selepas tiada calon lain yang menyatakan hasrat untuk bertanding selepas tempoh pencalonan ditutup kira-kira tiga minggu lepas.
Bagi jawatan Naib Presiden, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan akan bertanding menentang tiga penyandang iaitu Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad.
"Seramai 29 calon yang layak telah menyatakan kesediaan untuk bertanding bagi mengisi 18 jawatan Anggota Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat manakala bagi Dewan Pemuda Pas Pusat, seramai 16 calon bertanding bagi mengisi 12 jawatan AJK," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Pas Datuk Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Abdul Jabar dan timbalannya Andansura Rabu.
Mohd Fuad berkata bagi Dewan Muslimat Pas Pusat, semua jawatan tertinggi juga dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang manakala 17 calon akan bertanding bagi mengisi 12 jawatan AJK dewan tersebut.
Beliau memaklumkan Dewan Pemuda Pas Pusat juga bakal diterajui oleh ketua baharu yang menang tanpa bertanding, namun namanya hanya akan diumumkan kemudian, memandangkan penyandangnya Muhammad Khalil Abdul Hadi bertanding bagi jawatan AJK Pas Pusat.
Beliau juga memaklumkan bahawa semua calon yang bertanding diberikan masa sehingga Rabu ini jika mereka berhasrat menarik diri, dengan berbuat demikian secara bertulis kepada jawatankuasa pemilihan.
Berhubung pembentangan usul, Takiyuddin berkata mesyuarat khas akan berlangsung di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur pada Jumaat ini (14 Jun) bagi memperhalusi semua usul yang ingin dibawa oleh perwakilan.
Beliau berkata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosly Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man serta Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hassan turut dijangka menghadiri muktamar tahun ini.
"Kita menjangkakan tidak kurang 1,200 perwakilan akan menghadiri muktamar tahun ini dan Presiden dijadualkan menyampaikan amanat kepada semua perwakilan secara tertutup pada malam 20 Jun sebelum perasmian muktamar pada keesokannya," katanya.
Abdul Hadi juga dijadualkan merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas pada 21 Jun ini, yang dijangka dihadiri 300 anggota.
Muktamar Pas ke-65 menyaksikan Dewan Muslimat Pas membuka tirai persidangan pada 15 Jun ini di Pusat Konvensyen Bukit Gambang di sini, diikuti Dewan Pemuda Pas pada 19 dan 20 Jun di tempat sama.
Selain itu, Dewan Ulama Pas Pusat bersidang di Wisma Belia Indera Mahkota di sini pada 20 Jun manakala persidangan utama berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA di sini selama tiga hari bermula 21 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2019
![Abdul Hadi, Tuan Ibrahim kekal Presiden dan Timbalan Presiden Pas Abdul Hadi, Tuan Ibrahim kekal Presiden dan Timbalan Presiden Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560077223_PAS.jpg)
Abdul Hadi menerajui parti itu sejak tahun 2002 bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor manakala Tuan Ibrahim menjawat jawatan nombor dua parti sejak 2015. - Facebook/abdulhadiawang/ustaztitm
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720561781_AbdulHadi.jpg)
Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi
Presiden Pas serah kepada orang lain atau rakyat untuk jawab kenyataan Presiden UMNO.
![Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720424816_ZahidHadiAwang.jpg)
Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tidak akan ada kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.
![Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717916690_TBTokMatjpg.jpg)
Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi
Malaysia berpendirian teguh bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pembunuhan terhadap rakyat Gaza dihentikan segera.
![Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714812254_Himpunan.jpg)
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
![Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697954745_TanSriAbdulHadiA.jpg)
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
![Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711313306_HadiAwang.jpg)
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
![Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710625577_TBAbdulHadi.jpg)
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
![Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709882975_AbdulHadiAwang.jpg)
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
![Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709801055_TBNikNazmi.jpg)
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
!['Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang 'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709704387_HadiAwang.jpg)
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.