Seramai 69 daripada 86 Ketua UMNO Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada menyokong penuh kenyataan ADUNnya, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mahu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatannya sekiranya tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sokongan itu disuarakan Ketua UMNO Cawangan Kampung Hujung Bendang Datuk Mohd Ismail Othman, yang mewakili ketua-ketua UMNO cawangan lain yang menyatakan sokongan teguh kepada ADUN Bukit Lada itu dan Najib selaku Presiden UMNO.
Pada masa yang sama, mereka menasihatkan Ahmad agar tidak menarik balik kenyataan yang disiarkan menerusi akhbar dan media elektronik sebelum ini serta tidak membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh UMNO cawangan Bukit Lada.
Malah kenyataan yang mengatakan Ahmad perlu meletakkan jawatan juga tidak sepatutnya di suarakan kerana Ahmad telah diberi mandat oleh rakyat Bukit Lada untuk mewakili mereka.
“Kami juga menyokong penuh ADUN Bukit Lada yang disiarkan di dalam akhbar dan media sosial baru-baru ini di atas dasar prinsip organisasi suatu parti bukan atas dasar sokongan yang melulu,” ujar Mohd Ismail dalam sidang medianya di Pokok Sena.
Sehubungan itu, bagi mengelak sebarang spekulasi, Mukhriz diminta menyatakan sokongan beliau terhadap Najib demi perpaduan UMNO.
Astro Awani
Thu Apr 16 2015

69 Ketua UMNO DUN Bukit Lada setuju Mukhriz lepas jawatan jika tidak sokong Najib. - Foto Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

69 Ketua UMNO DUN Bukit Lada setuju Mukhriz lepas jawatan jika tidak sokong Najib
Mereka nasihatkan Ahmad agar tidak menarik balik kenyataan yang disiarkan menerusi media massa sebelum ini serta tidak membuat permohonan maaf.