Pemimpin parti dalam Barisan Nasional yang tidak tersenarai sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus menghormati keputusan pucuk kepimpinan BN kerana tidak memilih mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata setiap yang bernama pemimpin perlu menghadapi realiti iaitu saat untuk bertukar keadaan.
"Perlu kita hormati (keputusan yang dibuat oleh parti). Kita tidak boleh misalnya, setelah menjadi pemimpin sekian lama, tiba-tiba kita amalkan lompat-lompat katak lompat bila tidak dipilih," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan beberapa anggota parti termasuk pemimpin dan bekas pemimpin parti, yang bertanding atas tiket bebas apabila tidak dicalonkan bertanding pada 5 Mei ini.
Rais, penyandang kerusi Parlimen Jelebu untuk tiga penggal, berkata selain itu pemimpin parti perlu bertindak pantas dalam menangani isu anggota dan pemimpin meloncat parti.
Rais, 71, yang telah berkhidmat di bawah lima perdana menteri sejak Tun Abdul Razak Hussein dan kini di bawah anak Allahyarham Tun Razak, Datuk Seri Najib, berkata: " Hal ini memang sukar (digugurkan)."
"Tetapi kita perlu menghadapi realiti perjuangan, sebab seseorang yang memimpin itu tidak seharusnya kekal sebagai wakil rakyat atau menteri, ataupun jawatan-jawatan lain," katanya yang dilantik sebagai setiausaha parlimen Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1974 di usia 32 tahun.
Rais memohon rakan-rakan yang sezaman dengannya serta pemimpin-pemimpin yang lain yang tidak dipilih atau digugurkan supaya tidak meninggalkan parti pada saat-saat genting ini.
"Seseorang yang telah menjadi pemimpin begitu lama dan dapat jawatan tinggi, dapat banyak faedah, dapat nama yang tersohor, serta kemudahan-kemudahan yang lain, maka terus meninggalkan parti yang begitu banyak berjasa dengan kita, seolah-olah tidak ada apa-apa, atau masuk ke parti lain yang selama ini menentang kerajaan dan parti kita.
"Pendirian begini tidak harus kita amalkan dan jangan kita ikut satu dua yang telahpun melakukan perkara seperti itu, iaitu tindakan sesetengah calon yang kecewa, lompat parti," katanya.
Beliau berkata mereka perlu sedar dengan memasukkan diri kepada golongan baharu itu sama ada bebas atau tidak, "Kita akan diteliti, kredibiliti kita akan dipersoal dan kita tidak dapat menentang mata dan juga pandangan masyarakat yang selama ini mendukung kita."
Rais berkata sebagai orang lama dalam kerajaan dan parti, dalam dunia perjuangan, "Ada sedih, ada gembira, ada rugi dan ada untung."
"Kita tidak boleh mengecewakan perdana menteri yang telah begitu lama memupuk semangat bagi kita di bawah gagasan 1Malaysia, serta budi dan langkah-langkah positif yang lain," katanya
Bernama
Mon Apr 22 2013
Suami maut, isteri cedera kemalangan libat tiga kenderaan
Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah treler.
Pelesenan penyedia platform media sosial, pencapaian penting peraturan dalam talian negara - MCMC
Keperluan pelesenan itu disifatkan sebagai pencapaian besar dalam meningkatkan keselamatan dalam talian dan pendekatan pengawalan.
2025 mungkin edisi terakhir Pesta Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong
Chow Kon Yeow berkata ia berikutan sebahagian daripada kawasan itu terlibat dengan projek pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia mahu tingkatkan Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas jadi hab perdagangan serantau
Pada 2025, Malaysia akan meneruskan dan mengembangkan projek-projek infrastruktur transformatif yang direka untuk meningkatkan kedudukan global negara.
Indonesia rancang peraturan nasional terperinci mengenai AI
Kerajaan Indonesia akan merangka peraturan yang lebih terperinci dan komprehensif mengenai penggunaan dan pengawalan kecerdasan buatan (AI).
Pulau Pinang antara tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara - Lonely Planet
Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet, menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara.
Singapura perkenal rang undang-undang kekalkan keharmonian kaum
Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu di Parlimen pada Selasa.
FGV, MPOB jalin kerjasama tingkat kebolehkesanan, perkasa pekebun kecil
FGV Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalin kerjasama strategik dengan memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk meningkatkan kebolehkesanan dan memperkasa pekebun kecil.
Warga New York kongsi pendapat susulan pengenalan tol
Pelbagai reaksi disuarakan warga New York selepas kota metropolis perkenalkan tol bagi kenderaan yang memasuki kawasan kejiranan Manhattan bermula semalam.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.