Mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum ini akan dipecat daripada parti dan surat pemecatan mereka akan dikeluarkan pada Isnin, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tiket bebas tak boleh kekal sebagai ahli parti. Pada Isnin ini kita akan mengeluarkan surat pecat calon yang bertanding bebas dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
"Kalau ada satu dua yang perlu dikorbankan, lebih baik kita korbankan daripada kita kena korbankan parti,'' katanya semasa jamuan bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kawasan Parlimen Pekan dan jentera parti di kediamannya di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan Naib Ketua Wanita UMNO, Kamilia Ibrahim yang mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas di Kuala Kangsar.
Selain Kamilia,bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Mohd Shariff Omar turut mengumum bertanding sebagai calon bebas di Tasik Gelugor.
Pada majlis sama, Najib meminta kerjasama pengundi untuk menyokong calon BN yang sudah rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
''Saya harap semua bagi undi kepada kita. Ini dapat menjamin keamanan dan kemakmuran yang dikecapi selama ini,'' ujarnya.
Najib turut menghargai pemimpin di kawasan Pekan yang memberi laluan muka baru calon bertanding kerusi DUN di situ.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Wan Syamsul Amly
Sat Apr 20 2013
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Jangan simpati kepada calon bebas -- Muhyiddin
Ahli serta penyokong UMNO dan BN digesa jangan beri undi simpati kepada bekas ahli parti yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Kamilia serah masa depannya kepada rakyat
Kamilia enggan mengulas kenyataan Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rakyat menolak pemimpin yang meninggalkan parti.
Kamilia umum manifesto hari ini
Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar akan memperincikan asas perjuangannya dan mengumumkan manifesto pilihan raya hari ini.
Pemimpin disokong kerana parti, kata Najib
Dalam ucapan yang dilihat ditujukan kepada Datuk Kamilia Ibrahim, Presiden UMNO menegaskan pemimpin diterima oleh rakyat kerana parti.
Kamilia jadi cabaran kepada Pas -- Idham Lim
Calon Pas, Dr Idham Lim diberi cabaran lebih besar dengan kemunculan bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding tiket bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
BN sudah jangka Mat Taib masuk Pas
Tindakan Muhammad Muhammad Taib masuk Pas bukan satu isu kepada UMNO dan BN dan ia memang sudah dijangkakan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Surat pecat ahli UMNO tanding bebas keluar Isnin
Lebih baik korban seorang dua daripada korbankan parti, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.