Datuk Mohamad Aziz, penyandang kerusi Parlimen Sri Gading tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), namun perjuangan parti akan diteruskan oleh isterinya yang dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Datin Azizah Zakaria, 58, isteri Timbalan Pengerusi Tetap Umno itu bertanding di (DUN) Parit Raja.
BN Johor juga menurunkan dua calon adik-beradik, Mohd Azahar Ibrahim dan Norshida Ibrahim.
Mohd Azahar, 41, ialah penyandang kerusi DUN Tenang manakala Norshida, 38, muka baharu, disenaraikan untuk bertanding di kerusi DUN Buloh Kasap.
Azizah berkata beliau terkejut dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menampilkannya bertanding di Parit Raja menggantikan Datuk Aziz Kaprawi, yang bertanding di Parlimen Sri Gading.
"Nama saya sebelum ini tidak tersenarai, baik di peringkat cawangan mahu pun bahagian, menyebabkan saya agak terkejut apabila dimaklumkan terpilih untuk menjadi calon DUN Parit Raja.
"Ini kerana saya telah pun masuk 58 tahun tahun ini, sedangkan pucuk pimpinan selama ini melaungkan untuk memberi peluang kepada golongan lebih muda. Bagaimanapun, saya berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan ini," katanya kepada Bernama di sini, pada Selasa.
Menurutnya ibu 11 anak dan nenek 12 cucu ini, beliau bukan asing dalam perjuangan parti kerana telah mula menyertai Umno sejak 1974 lagi dan arwah datuknya Nawawi Ali merupakan orang yang bertanggungjawab membuka Parit Raja.
Beliau berharap dapat meneruskan legasi darah pejuang Umno yang mengalir dalam keluarganya dengan membela nasib rakyat, dibantu tunjuk ajar suaminya.
Ditanya mengenai reaksi suaminya, beliau berkata Mohamad menyambut baik dan sedikit pun tidak berkecil hati dengan keputusan pucuk pimpinan menggugurkan beliau daripada senarai calon pada pilihan raya kali ini.
Azizah merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Seri Gading dan Bendahari Wanita Umno Johor
Sementara itu, Mohamad ketika ditemui Bernama selepas majlis pengumuman calon menerima dengan hati terbuka keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.
"Saya telah enam penggal berkhidmat dengan rakyat, hendak berkhidmat dengan rakyat tidak semestinya jadi wakil rakyat, jadi sekarang kita beri peluang kepada muka baharu untuk jadi wakil rakyat," katanya .
Sementara itu, Norshida, anak kelima daripada sembilan beradik, yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno Johor, berkata beliau akan menggunakan pengalaman dalam politik sejak 2001 menggalas tanggungjawab yang diberikan itu.
"Saya akan berusaha untuk meningkatkan kepercayaan pengundi terhadap BN dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan parti," katanya yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Segamat.
Mohd Azahar atau lebih mesra disapa Tok Ai, 41, berkata pengalaman pertama bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang pada 2011 akan digunakan untuk "bertarung" mempertahankan DUN tersebut.
"Ini tanggungjawab saya kepada pengundi. Kita akan meneruskan pembangunan yang berlaku di Tenang selain menarik lebih ramai pengundi khasnya pengundi muda menyokong BN," katanya yang merupakan anak ketiga.
Bernama
Tue Apr 16 2013

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.

PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
![[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli [TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723894059_TBAWIE.jpg)
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.

BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.

Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.

PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.

Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.