Rumah penginapan calon Pas bagi kerusi Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di Taman Sri Semantan di Temerloh dibaling dengan bungkusan plastik berisi darah dan kepala ayam yang turut disertakan dengan nota ugutan.

Kejadian itu disedari oleh pembantu Nasruddin pada pukul 7 pagi ini. Semasa kejadian, Nasaruddin tidak ada di rumah berkenaan.

Pegawai khas Nasruddin, Yusuf Assidiqqi Ahmad Sharkawi berkata, pihaknya percaya bungkusan itu dibaling ke rumah tersebut antara pukul 3 hingga 7 pagi.

Nasruddin menentang penyandang kerusi itu, calon Barisan Nasional, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin dalam reaksi segeranya melalui Twitter kesal dengan apa yang berlaku dan menggesa Nasruddin membuat laporan polis dengan segera.


Yusuf kemudian membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Temerloh kira-kira pukul 10 pagi tadi.