Kerajaan China telah mengemukakan tawaran pakej kewangan yang menarik dan memberi kelebihan kepada Malaysia untuk pelaksanaan Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL).
Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata bagi membolehkan Malaysia mendapat terma kewangan yang terbaik itu, syarikat pembinaan terbesar milik China iaitu China Communications Contruction Company (CCCC) telah dilantik kerajaan China bagi melaksanakan projek tersebut dengan kos RM55 bilion.
"CCCC adalah syarikat reka cipta dan pembinaan terbesar di China dan majoriti sahamnya dimiliki dan dikawal oleh kerajaan China.
"CCCC juga mempunyai rekod yang baik dalam projek-projek pembinaan besar termasuk di Malaysia," kata JPM dalam jawapan bertulisnya kepada Nasruddin Hassan (PAS-Temerloh) pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.
Nasruddin ingin tahu sama ada kerajaan melaksanakan penelitian yang mendalam dalam pemberian kontrak konsesi bagi pembinaan ECRL, termasuk melibatkan prestasi syarikat yang diberikan tender pembinaan.
Menurut JPM, dengan komitmen dan prestasi syarikat yang memberangsangkan, kerajaan yakin CCCC boleh memberikan hasil terbaik dan menyiapkan projek ECRL dalam tempoh bersesuaian dengan skala projek tersebut.
Menjelas lanjut, JPM berkata projek itu bukanlah sesuatu yang baharu dan telah mula dibincangkan di pelbagai peringkat sejak 1981 lagi di mana sejak cadangan asalnya, perancangan menyeluruh, pelan kewangan, kaji selidik pasaran dan kajian sudah dilaksanakan.
Tambahnya, kajian kebolehlaksanaan telah dilakukan sejak 2007 dan kaji selidik pasaran melalui Permintaan Maklumat (RFI), telah dilaksana dari Mac sehingga Jun 2016.
Menerusi RFI itu, kerajaan telah menerima respons daripada 27 kumpulan dari lima negara yang berbeza termasuk Korea Selatan, China, Australia, Amerika Syarikat dan Eropah yang berminat untuk melaksanakan projek itu.
Melalui kajian itu, spesifikasi teknikal termasuklah indikatif terhadap kos telah ditentukan, kata JPM.
Justeru, semasa lawatan rasmi delegasi Malaysia ke China pada hujung Oktober tahun lalu, beberapa perkara telah dibincangkan bagi meningkatkan pelaburan dan juga kerjasama dua hala berterusan dengan China.
JPM berkata dalam rundingan itu, kedua-dua kerajaan telah mencapai kata sepakat supaya projek ECRL dilaksanakan sebagai inisiatif projek kerajaan-dengan-kerajaan (G2G) antara China dan Malaysia.
Dalam pada itu, JPM menjelaskan ECRL merupakan projek infrastruktur yang penting bagi Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang akan menghubungkan Pantai Timur dan Lembah Klang.
"Pelaksanaan ECRL akan menjadi pemangkin transformasi untuk negeri-negeri Pantai Timur di Semenanjung dan bakal merangsangkan lagi pertumbuhan sosioekonomi, serta memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.
Cadangan pelaksanaan projek ECRL itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu pembentangan Bajet 2017 pada Oktober tahun lepas.
Projek itu membabitkan pembinaan laluan sepanjang kira-kira 600 kilometer yang akan menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat di Kelantan.
Projek itu dijadual bermula Julai ini dan dijangka siap pada Jun 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2017
ECRL merupakan projek infrastruktur yang penting bagi Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang akan menghubungkan Pantai Timur dan Lembah Klang.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Malaysia Rail Link bentuk syarikat operasi dengan CCCC China uruskan ECRL
Syarikat pengendali itu adalah hasil kontrak yang dirundingkan semula bertujuan berkongsi risiko operasi antara MRL dan CCCC.
Semua pihak perlu berganding bahu pastikan projek ECRL siap ikut jadual - PM
Perdana Menteri mengingatkan semua pihak termasuk kerajaan negeri yang terlibat dalam pembinaan ECRL perlu berganding bahu bagi memastikan projek berkenaan disiapkan mengikut jadual.
Anwar dijadual mula lawatan rasmi ke China dengan menghadiri BFA 2023 di Hainan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan tiba di sini esok bagi menghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) dan memulakan lawatan rasmi empat hari ke China.
ECRL: Kontraktor Bumiputera percaya PH akan berlaku adil
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia percaya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan berlaku adil kepada mereka untuk terlibat dalam kerja-kerja awam projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
MRL jangka pelaksanaan Pra-Q tarik minat tinggi
Langkah penawaran Pra-Q itu bertujuan memberi peluang kepada kontraktor warga Malaysia yang layak menyertai kerja-kerja sivil projek itu.
Kos ECRL boleh dikurangkan lagi mengikut skop kerja - Tun M
Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kos projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) boleh dikurangkan lagi sekiranya skop kerja turut dikurangkan.
Najib abai nasihat agensi kerajaan berhubung ECRL - Daim
Daim bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara terus dengan China dan CCCC, menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan tanpa ketelusan dan akauntabiliti.
Perjanjian ECRL 50:50 MRL dan CCCC - Tun Mahathir
MRL dan CCCC bersetuju untuk membentuk syarikat usaha sama 50:50 untuk mengurus, mengendalikan dan menyelenggara rangkaian rel ECRL.
China setuju pulangkan sebahagian daripada bayaran pendahuluan ECRL - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata CCCC bersetuju memulangkan sebahagian bayaran pendahuluan Fasa 2 ECRL, Landasan Berkembar dan Jajaran Utara di bawah kontrak asal.
Kerajaan umum projek ECRL diteruskan
Kerajaan mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diteruskan dengan pengurangan sebanyak RM21.5 bilion dari kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2.