Calon kerusi Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali meminta Lembaga Disiplin Umno supaya tidak mengenakan tindakan terhadap Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Che Johan Che Pa berikutan tindakannya tidak menghantar kertas pencalonan pada penamaan calon semalam.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu sikap terpuji yang perlu dijadikan contoh anggota Umno yang lain.

Calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Pasir Mas berkenaan berdepan dengan tindakan tata tertib berikutan tindakannya tidak menghantar borang pencalonan pada hari penamaan Sabtu lalu.

KLIK VIDEO UNTUK DENGAR KENYATAAN IBRAHIM ALI