INTEL, Google, Microsoft, Meta AMD, Hewlett Packard Enterprise, Broadcom and Cisco telah menubuhkan Ultra Accelerator Link (UALink) Promoter Group bagi membangunkan komponen sumber terbuka yang menyambungkan cip pemecut AI di pusat data.
Kumpulan ini ingin menyeragamkan satu piawaian yang digunakan oleh industri untuk menyambungkan pemecut AI dalam bentuk CPU atau GPU yang diperlukan di pusat data melatih model AI.
Piawaian ini diperlukan bagi mengelakkan inovasi dikuasai oleh satu syarikat sahaja.
Dengan penglibatan syarikat-syarikat teknologi utama untuk menggunakan UALink, setiap ahli boleh menyumbang kepakaran mereka untuk faedah bersama.
Oleh itu UALink Consortium akan ditubuhkan pada Q3 2024 yang akan membangunkan spesifikasi UALink di masa hadapan.
Dengan pembentukan kumpulan ini, piawaian UALink 1.0 telah diumumkan dan ia boleh menyambungkan 1024 pemecut AI di dalam sebuah pod perkomputeran di pusat data.
UALink 1.0 menggunakan piawaian terbuka seperti AMD Infinity Fabric. Produk pertama UALink 1.0 akan dilancarkan dalam masa beberapa tahun lagi.
NVIDIA tidak menyertai UALink Promoter Group kerana pada waktu ini mereka menggunakan sambungan pemacu AI mereka sendiri.
Pada ketika ini NVIDIA memegang 90% pasaran GPU pusat data yang membantu mereka mencatatkan peningkatan pendapatan 262% pada suku lalu berbanding suku yang sama tahun lalu.
UALink Promoter Group ialah sebuah lagi usaha industri untuk mengurangkan kuasa NVIDIA dalam dunia AI.
Pada Mac lalu Intel, Google, Arm, Qualcomm, Samsung dan beberapa syarikat teknologi lain telah menubuhkan The Unified Acceleration Foundation (UXL).
Menerusi UXL, pembangunan AI tidak lagi akan terikat kepada penggunaan bahasa pengaturcaraan tertentu, asas kod dan alatan lain yang mengikat mereka kepada seni bina khusus, seperti platform CUDA oleh Nvidia. -Amanz
Amanz
Sat Jun 01 2024
![Google, Microsoft dan Intel tubuh UALink bangunkan piawaian terbuka penyambung pemecut cip AI Google, Microsoft dan Intel tubuh UALink bangunkan piawaian terbuka penyambung pemecut cip AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717214350_UALink.jpg)
Dengan penglibatan syarikat-syarikat teknologi utama untuk menggunakan UALink, setiap ahli boleh menyumbang kepakaran mereka untuk faedah bersama. -Amanz
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721026185_AkmalNasirExcoJo.jpg)
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.
![Dua syarikat teknologi ini guna elektrik lebih banyak berbanding 100 negara Dua syarikat teknologi ini guna elektrik lebih banyak berbanding 100 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721015606_serverroom.jpg)
Dua syarikat teknologi ini guna elektrik lebih banyak berbanding 100 negara
Google dan Microsoft menggunakan lebih banyak tenaga berbanding lebih 100 negara, termasuklah Iceland, Jordan dan Ghana.
![Semua pengguna Google akan layak menerima laporan web gelap Semua pengguna Google akan layak menerima laporan web gelap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720592458_PenggunaGoogle.jpg)
Semua pengguna Google akan layak menerima laporan web gelap
Laporan web gelap Google ini menyemak nama, alamat, nombor telefon dan emel pengguna yang mungkin telah tertiris.
![Keperluan tenaga pusat data punca pelepasan karbon Google meningkat 48% sejak 2019 Keperluan tenaga pusat data punca pelepasan karbon Google meningkat 48% sejak 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720237488_tbGooglejejakkarb.jpg)
Keperluan tenaga pusat data punca pelepasan karbon Google meningkat 48% sejak 2019
Google memperlihatkan peningkatan kadar jejak karbon untuk beberapa tahun sekarang, di mana peningkatan dari tahun ke tahun ialah sebanyak 13 peratus.
![Tiada lagi tatalan tanpa henti, paparan muka surat kembali pada keputusan carian Google Search Tiada lagi tatalan tanpa henti, paparan muka surat kembali pada keputusan carian Google Search](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719460814_GoogleSearch.jpg)
Tiada lagi tatalan tanpa henti, paparan muka surat kembali pada keputusan carian Google Search
Sebagai peringatan ciri keputusan carian dengan skrol tanpa henti diperkenalkan pada peranti mudah alih pada Oktober 2021 dan kemudian di desktop pada Disember 2022. Menurut Google ciri klasik ini dik
![Pelaburan Google bukti kepada daya saing semasa Malaysia - Tengku Zafrul Pelaburan Google bukti kepada daya saing semasa Malaysia - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719391981_tbTengkuZafrul.jpg)
Pelaburan Google bukti kepada daya saing semasa Malaysia - Tengku Zafrul
Pelaburan terkini Google memaparkan daya saing Malaysia, kemudahan menjalankan perniagaan dan kepentingan yang semakin meningkat sebagai hab serantau untuk inovasi digital.
![Malaysia berada di kedudukan strategik sebagai hab pusat data serantau - Pakar Malaysia berada di kedudukan strategik sebagai hab pusat data serantau - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695799412_MPN.jpg)
Malaysia berada di kedudukan strategik sebagai hab pusat data serantau - Pakar
Perjalanan Malaysia ke arah menjadi hab serantau untuk pusat data didorong oleh gabungan faktor strategik termasuk kestabilan ekonomi dan ketersambungan yang kukuh.
![Google uji ciri AI antikecurian bagi telefon pintar Android di Brazil Google uji ciri AI antikecurian bagi telefon pintar Android di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714623217_Googlejpg.jpg)
Google uji ciri AI antikecurian bagi telefon pintar Android di Brazil
Mulai Julai, pengguna di Brazil yang memiliki peranti Android yang bersesuaian akan dapat mengakses versi beta kunci pengesanan kecurian Google, kunci peranti luar talian dan kunci jarak jauh.
![Bekas kakitangan Google, OpenAI ingin perlindungan jika beri amaran bahaya AI Bekas kakitangan Google, OpenAI ingin perlindungan jika beri amaran bahaya AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714195700_OpenAI.jpg)
Bekas kakitangan Google, OpenAI ingin perlindungan jika beri amaran bahaya AI
Antara taktik yang digunakan bekas majikan ialah meminta mereka menandatangani dokumen tidak mendedahkan maklumat (NDA).
![Google, Microsoft dan Intel tubuh UALink bangunkan piawaian terbuka penyambung pemecut cip AI Google, Microsoft dan Intel tubuh UALink bangunkan piawaian terbuka penyambung pemecut cip AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717214350_UALink.jpg)
Google, Microsoft dan Intel tubuh UALink bangunkan piawaian terbuka penyambung pemecut cip AI
Dengan penglibatan syarikat-syarikat teknologi utama untuk menggunakan UALink, setiap ahli boleh menyumbang kepakaran mereka untuk faedah bersama.