Barisan Nasional (BN) Selangor bersedia membuat kempen rumah ke rumah bagi Pilihan raya ke 13.

Timbalan Pengarah Pilihanraya Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, beliau amat berpuas hati dengan komitmen dan sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli BN.

“Semua ahli BN bersetuju untuk memberi sokongan padu kepada sesiapa sahaja yang bakal dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang,” kata Mohd Zin.

Apabila ditanya mengenai Aplikasi Selangor BN FM yang telah dilancarkan baru-baru ini, Mohd Zin berkata aplikasi tersebut mendapat sambutan yang amat baik.

“Kami mendapat 100,000 hit dan kebanyakkan pendengar adalah dari golongan muda.

“Kami juga melihat kepada medium lain yang boleh digunakan seperti billboard, visual dan lain-lain sebagai strategi kempen kami,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian semasa dihubungi oleh Astro Awani.