PELANCARAN keempat kapal angkasa Starship ke angkasa telah dilakukan SpaceX dari Boca Chica Texas sebentar tadi dan akhirnya kapal angkasa ini berjaya memenuhi kesemua keperluan misi Integrated flight test 4 (IFT-4).
Kedua-dua roket Super Heavy dan juga Starship berjaya kembali semula ke bumi seperti yang dirancang oleh SpaceX.
Di peringkat awal pelancaran, satu daripada 33 enjin Raptor pada Super Heavy tidak menyala. Sungguhpun begitu ia masih mampu melancarkan Starship ke angkasa lepas sebelum kembali ke bumi.
Super Heavy kemudian kembali semua ke bumi untuk melakukan pendaratan di permukaan laut Teluk Mexico.
Seperti roket Falcon 9, Super Heavy direka untuk kembali semula ke bumi dengan sendiri supaya boleh digunakan berkali-kali.
Kemudian tumpuan diberikan kepada Starship yang kali ini berjaya menghidupkan kesemua enam enjin membuatkan kapal angkasa ini bergerak pada kelajuan hampir 30,000km/j.
Video pentriman daripada Starship terputus seketika menyebabkan ramai menyangka seperti tiga misi sebelum ini, Starship sekali lagi meletup.
Tetapi isyarat video kembali selepas dua puluh minit memberikan visual Starship melakukan pendaratan secara menegak di Lautan Hindi, 66 minit selepas dilancarkan dari Texas, Amerika Syarikat.
SpaceX memerlukan misi IFT-4 berjalan mengikut perancangan kerana hanya empat hari lalu jutawan Jepun Yusaku Maezawa membatalkan misi Dear Moon Project yang ingin membawa lapan individu mengelilingi bulan.
Ia dibatalkan selepas Starship gagal disiapkan sepenuhnya untuk misi yang sepatutnya dilakukan pada tahun 2023.
Kelewatan Space menyiapkan Starship juga telah mengakibatkan misi Artemis III yang membawa angkasawan kembali ke bulan ditangguhkan ke 2026. -Amanz
Amanz
Fri Jun 07 2024
Kedua-dua roket Super Heavy dan juga Starship berjaya kembali semula ke bumi seperti yang dirancang oleh SpaceX. -Amanz
Parlimen: MOTAC akan semak semula Akta Industri Pelancongan - Khairul Firdaus
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menyemak semula Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992 (Akta 482).
Senarai negara rakan kongsi BRICS dipersetujui - Putin
Rusia akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi persatuan itu, dengan senarai negara itu telah dipersetujui.
AWANI Ringkas: Pemulangan aset 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
JAKIM akan bangunkan sistem pelaporan berpusat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membangunkan sistem pelaporan berpusat bagi membolehkan semua pihak melaporkan kes eksploitasi kanak-kanak dan wanita secara terus kepada pihak berkuasa dengan tindak balas segera.
Banjir Sepanyol: 89 orang masih hilang
Sekurang-kurangnya 89 orang masih hilang selepas banjir di timur Sepanyol menurut pihak berkuasa kehakiman wilayah di Valencia pada Selasa.
Ungkapan “macai, duduk macai” undang kekecohan
Ungkapan itu ditujukan kepada Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer ketika beliau mencelah semasa Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan membangkitkan isu Titah Adendum semasa Azalina menjawab perbahasan.
Dasar luar Malaysia kekal meskipun jadi rakan BRICS
Dasar Luar Negara yang diamalkan Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik, walaupun sudah menjadi rakan dalam gabungan BRICS baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Apple dijangka didenda dibawah peraturan baharu EU
Apple dijangka menjadi syarikat teknologi gergasi pertama didenda dibawah peraturan baharu Kesatuan Eropah (EU).
Serangan Israel ke atas Lubnan bunuh 3,013 orang, 13,553 mangsa cedera
Serangan Israel ke atas Lubnan telah membunuh 3,013 orang dan mencederakan 13,553 yang lain dengan runtuhan akibat penjarahan zionis giat dijalankan.
A.S. Memilih: Trump berterima kasih kepada rakyat Amerika "dipilih sebagai presiden ke-47"
Calon presiden Republikan AS Donald Trump mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika Syarikat atas "penghormatan dipilih" ke jawatan tertinggi negara.
Jepun lancar satelit kayu pertama di dunia
Jepun pada Selasa melancarkan satelit kayu pertama di dunia ke angkasa lepas.
SpaceX akan jalankan ujian kelima roket Starship
Jendela pelancaran selama 30 minit akan dibuka pada 7 pagi (1200 GMT), selepas Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) memberikan kelulusan pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SpaceX lancar kapal angkasa untuk bawa pulang angkasawan terkandas
SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di ISS.
Jutawan AS individu awam pertama jelajah angkasa lepas
Jared Isaacman muncul individu awam pertama melakukan penjelajahan di angkasa lepas.
SpaceX kawal 62% satelit aktif di angkasa
Perkhidmatan internet Starlink ditawarkan di lebih 100 negara, termasuk Malaysia. Bergerak ke hadapan, lebih banyak satelit Starlink dijangka dilepaskan ke angkasa.
Angkasawan NASA mungkin pulang dengan kapsul milik SpaceX
Pertimbangan dibuat jika Starliner masih dianggap tidak selamat untuk kembali ke bumi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
China berjaya uji roket boleh mendarat semula seperti SpaceX
Shanghai Academy of Spaceflight Technology (SAST) mengumumkan kejayaan mereka melancarkan roket dengan kemampuan ini di Gurun Gobi.
Starship capai sasaran penuh dalam ujian pelancaran keempat
Kedua-dua roket Super Heavy dan juga Starship berjaya kembali semula ke bumi seperti yang dirancang oleh SpaceX.