Bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan menyifatkan data dari firma satelit Britain, INMARSAT memainkan peranan penting dalam misi pencarian seterusnya pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Katanya tiada cara lain ketika ini, selain bergantung sepenuhnya kepada maklumat dari INMARSAT itu.
Nik Huzlan mengulas mengenai laporan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pada 29 Mei, yang menyimpulkan bahawa pesawat MH370 tidak hilang di kawasan empat isyarat ping dikesan sebelum ini.
Menurut Nik Huzlan, sekurang-kurangnya dengan adanya maklumat INMARSAT, penyiasat pasti pesawat hilang dari radar pada jam 2:15 pagi dan pesawat MH370 masih terbang di udara sehingga 8:19 pagi pada 8 Mac.
“Apabila kajian mendalam dibuat ke atas data tersebut, pihak tertentu telah mengunakan kesan Doppler untuk mengetahui arah MH370 setelah ia keluar dari kesan radar. Ini juga dipersetujui oleh pakar bebas yang meneliti data yang dikongsikan tempoh hari.
“Jadi data INMARSAT amatlah penting” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Nik Huzlan turut berpendapat pencarian seterusnya harus dibuat di lokasi awal pencarian yang dikenalpasti oleh data INMARSAT.
Beliau juga tidak yakin dengan beberapa khabar angin yang kononnya pesawat hilang bukan di lokasi dari maklumat yang dianalisis dari data INMARSAT.
"Pihak SAR sebelum ini, telah membuat kajian terperinci bersabit isu MH370 berada di Teluk Bengal atau Laut Cina Selatan dan berdasarkan fakta-fakta sedia ada yang diambilkira, saya bersetuju untuk tidak membuang masa mencari di tempat-tempat tersebut." katanya.
Dalam pada itu, Nik Huzlan mengharapkan agar keluarga mangsa tabah dan dapat maju ke hadapan tanpa ahli keluarga mereka yang hilang.
Oleh yang demikian beliau berharap agar pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah yang lebih sensitif serta wajar dalam memberi pencerahan kepada kaum keluarga mangsa.
“Saya bersimpati terhadap pihak ahli keluarga mangsa yang masih menanti dengan penuh harapan dan saya berharap agar pihak tertentu tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka yang menggunakan perkhidmatan MAS,” terang Nik Huzlan yang sudah mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.
Azyyati Ahmad
Sat May 31 2014

Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

MH370: Tiada cara lain, pencarian perlu bergantung kepada data INMARSAT- Kapten Nik
Datuk Kapten Nik Huzlan menyifatkan data dari firma satelit Britain, INMARSAT memainkan peranan penting dalam misi pencarian seterusnya.