Insurans nyawa bagi waris penumpang pesawat malang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, telah mula diagihkan kepada mereka oleh syarikat-syarikat insurans di Malaysia.
Sehingga kini, bayaran sebanyak RM14.2 juta daripada jumlah keseluruhan (total exposure) iaitu RM18.7 juta telah diberikan kepada pewaris yang membuat tuntutan sejak beberapa minggu lalu tanpa perlu melalui proses tuntutan biasa.
Sejumlah 184 polisi insurans nyawa telah dikeluarkan oleh beberapa syarikat insurans di Malaysia. Baki sebanyak RM4.5 juta bayaran itu pula masih menunggu penghantaran dokumen rasmi oleh waris.
“Kami bersedia untuk membuat pembayaran lebih awal kepada tuntutan pewaris. Kami telah mengenepikan keperluan sijil kematian dan kami meletakkan perkara ini sebagai perkara paling penting untuk membayar tuntutan dalam masa seminggu dari tarikh resit dokumen penuh dikeluarkan,” kata Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Vincent Kwo.
Beliau turut menyeru agar ahli keluarga mangsa pesawat MH370 menghubungi pihak syarikat insurans dan menghantar tuntutan mereka dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh LIAM pada Khamis.
“Jika anda tidak pasti sama ada ahli keluarga anda yang berada dalam pesawat tersebut mempunyai insurans nyawa atau tidak, anda boleh menghubungi talian bebas tol LIAM di 03 26916628,” tambah Kwo.
Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar semasa terbang di ruang udara Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Astro Awani
Thu May 08 2014
Gambar Fail
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
IKHLAS Motor Takaful COVID-19 Relief bantu masyarakat dengan perlindungan berpatutan
Tawaran IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief terhad sehingga 31 Julai ini.
Mengurangkan 'bencana' ke atas pekerja akibat banjir
Tiba masanya untuk kita mengunakan pendekatan yang lebih lestari di dalam mengurangkan risiko ekonomi dan melindungi mata pencarian akibat banjir.
Tidak lagi disara, lelaki 'biawak hidup' ini kerat dan rebus ibu bapa kandung
Kesan lebam pada gambar yang diambil di tempat kejadian menunjukkan kedua-dua mangsa turut dipukul beberapa kali sebelum mayat mereka dikerat-kerat.
JPJ Johor keluar 214 notis, saman kepada pemandu asing
Operasi dilakukan hasil risikan selama sebulan oleh 31 pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasa.
Syarikat insurans disaran beri saringan percuma COVID-19
Semua syarikat insurans disarankan untuk turut sama memikul CSR dengan memberi saringan percuma bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Kaji betul-betul sebelum laksana gojek dalam Malaysia
Statistik jelas menunjukkan bahawa kenderaan seperti motosikal memiliki risiko kemalangan maut yang agak tinggi jika dibandingkan dengan jenis-jenis kenderaan lain dalam negara kita.
3 fakta penting setiap pemegang kad klinik panel di Malaysia perlu tahu
Fahami hak-hak anda dan pantau penggunaan kad klinik panel dengan betul, untuk elak diri dari diperdaya pihak tidak bertanggung jawab.
Skim insurans bagi pesawah terjejas bencana - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mewujudkan skim insurans khas untuk pesawah yang menghadapi kerosakan tanaman.
MH370: RM14.2 juta tuntutan telah diserah kepada waris - LIAM
Insuran nyawa bagi waris penumpang pesawat malang MH370 telah mula diagihkan kepada mereka oleh syarikat insurans di Malaysia.