Kerajaan sedang mengadakan perbincangan terperinci dengan empat syarikat Malaysia berhubung penggunaan aset khusus dalam pencarian pesawat MH370.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbincangan diadakan dengan SapuraKencana Petroleum, Petronas, Boustead Holding Berhad dan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DefTech) bagi penggunaan aset mereka.
Aset itu termasuk kendearaan tanpa kendalian autonomi (AUV), sonar saringan bertunda air dalam, kenderaan yang digerak secara kawalan (ROV) dan kenderaan sokongan, katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Beliau berkata: "Adalah penting semua entiti Malaysia terlibat dalam usaha ini untuk bersama bekerja sebagai satu pasukan, mengibar bendera Malaysia untuk mencari MH370."
Mengenai pasukan penyiasat antarabangsa yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Kok Soo Chon, beliau berkata pasukan itu memulakan siasatan mereka di bawah terma rujukan yang digariskan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Pasukan siasatan telah melakukan lima kali siasatan setakat ini dan kemajuannya akan dilaporkan tidak lama lagi," katanya.
Pasukan siasatan terdiri daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain dan Jabatan Siasatan Pesawat China.
Anggota lain terdiri daripada Biro Siasatan Kemalangan Pengangkutan Darat Perancis, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, pengeluar pesawat Boeing dan syarikat komunikasi satelit British, Inmarsat.
Pada 23 April, Malaysia mengumumkan pembentukan pasukan penyiasat yang tujuan utamanya ialah bagi menilai, menyiasat dan menentukan punca sebenar kehilangan pesawat bagi memastikan ia tidak berulang di masa depan.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac hilang dari radar skrin kira-kira sejam selepas berlepas ketika berada di atas Laut China Selatan.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Usaha pencarian antarabangsa dilancarkan, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dilapor berakhir di situ.
Bernama
Fri May 02 2014
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
AWANI Ringkas: 5,376 penjawat awam Kedah terima bantuan khas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Saloma Kuala Lumpur perkenal inisiatif bantu artis veteran, golongan memerlukan
Restoran Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan tabung khas untuk membantu mengurangkan beban golongan seni tanah air yang memerlukan.
Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Korea akan memperkukuh jalinan dua negara menjelang ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Korea.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
Kelantan jangka bentang pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah tahun depan
Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam persidangan DUN 2025.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
Dakwaan besar, cabar kuasa punca Presiden FABD dipecat Sultan Brunei?
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam, Feisal Eusoff Patail, dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Hsien Loong lepas jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Hsien Loong, berundur daripada jawatan tertinggi parti politik terbabit, pada Ahad.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.
MAB beli pesawat baharu tingkat keyakinan penumpang
MAB telah melaksanakan proses perolehan pesawat baharu sebagai strategi meningkatkan keyakinan penumpang terhadap syarikat penerbangan berkenaan.
Kadar OTP Malaysia Airlines naik lebih 80 peratus pada Oktober 2024
Beliau berkata peningkatan tersebut adalah susulan pengumuman MAB untuk mengurangkan rangkaian penerbangannya pada hujung Ogos yang lalu.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.
Malaysia Aviation Group sertai CEO Action Network perkasa perniagaan mampan
Malaysia Aviation Group Bhd sertai CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
MAVCOM lapor 32 peratus penyusutan dalam aduan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 2,083 aduan pada separuh pertama 2024, penyusutan 32 peratus daripada 3,063 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.