Pihak berkuasa yang terlibat dalam misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang masih gagal ditemui hingga kini telah bersetuju untuk menggunakan kapal peninjau China “Zhu Kezhen” untuk tinjauan ‘bathymetric’ di Selatan Lautan Hindi.
Agensi berita Xinhua melaporkan menurut kenyataan media daripada Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC), perancangan ini telah dipersetujui bersama antara pihak berkuasa Malaysia, Australia dan China yang bertemu pada minggu lalu.
Tinjauan ‘bathymetric’ ini akan melibatkan penerokaan ekstensif pada dasar laut dan ianya akan dilakukan berdasarkan kawasan yang telah dikenalpasti oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
“Zhu Kezhen ini dijangka akan memulakan pelayaran ke kawasan tinjauan pada Rabu seandainya cuaca baik dan mengizinkan,” kata JACC.
Tinjauan ‘bathymetric’ ini merupakan perkara utama yang diberi tumpuan dalam pencarian pesawat malang itu yang bakal melalui fasa transisi pencarian dimana lebih menumpukan pencarian di dasar laut.
Selain itu, tumpuan turut diberikan dalam menganalisis kembali data untuk memberi ketepatan kawasan yang sah dalam pencarian selain mengenalpasti dan mengerahkan peralatan yang relevan untuk pencarian dasar laut.
Sementara itu, JACC berkata, kapal pertahanan Australia (ADV), Ocean Shield kini telah tiba di Geraldton, barat Australia semalam dalam persediaan untuk menerima alatan ganti untuk transponder yang digunakan pada Ocean Shield and Kenderaan Carian Dasar Laut, Bluefin-21.
“Pembaikan ini sangat penting dan diperlukan untuk membetulkan isu perisian yang kian membelenggu keupayaan transponder itu untuk berkomunikasi ketika selaman dilakukan dan masalah tersebut semakin menjadi-jadi ketika misi terakhir Bluefin-21 pada Selasa,” katanya.
Alatan ganti itu dijangka akan tiba dari Geraldton hari ini.
JACC berkata setelah alatan ganti itu dibaikpulih, uji cuba akan dilakukan di kawasan Geraldton sehingga sebelum dibawa oleh Ocean Shield ke kawasan pencarian.
Astro Awani
Mon May 19 2014

Kapal pertahanan Asutralia (ADV), Ocean Shield kini telah tiba di Geraldton, barat Australia - Gambar Fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

MH370: Kapal peninjau China akan dikerah untuk tinjauan 'bathymetric'
Pencarian MH370 akan gunakan kapal peninjau China -Zhu Kezhen- untuk tinjauan bathymetric di Selatan Lautan Hindi.