Pengarah Institut Oseanografi & Pengajian Maritim UiAM, Prof Madya Dr Mohamed Kamil Abd Rashid berkata fasa pencarian pesawat MH370 yang seterusnya mempunyai cabarannya yang tersendiri kerana permukaan dasar laut yang tidak sama dengan permukaan daratan.
Tambahan pula, misi pencarian di Lautan Hindi merupakan satu pencarian yang sukar kerana lautan tersebut jarang diterokai.
Pencarian pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu hari ini masuk hari ke 39 dimana Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah mengerahkan kenderaan dasar laut AUV Bluefin-21 dari kapal Australia Ocean Shield, pada malam Isnin.
Mohamed Kamil menjelaskan mengenai bunyi isyarat ping yang dikesan oleh kapal Ocean Shield.
“Bunyi yang berasal dari lautan tidak sama dengan bunyi dari daratan, yang mana bunyi-bunyian boleh didengar terus.
“Bunyi yang dihasilkan dari lautan akan dipesongkan oleh ciri-ciri air seperti suhu air dan tahap kemasinan yang boleh menyebabkan laluan bunyi berubah, itu yang perlu diambilkira” terangnya lagi.
Mohamed Kamil berkata demikian ketika menjadi ahli panel di dalam program diskusi Agenda AWANI, pada Isnin.
Di program yang sama, Timbalan Dekan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM, Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Arshad mengulas lanjut mengenai fungsi kenderaan dasar laut AUV Bluefin – 21.
“Bluefin-21 mempunyai tiga sistem pencerap sonar yang berfungsi untuk mendapatkan kecerapan dasar laut yang lebih tepat, mempelbagaikan frekuensi dan mengesan sesuatu di kawasan yang sukar” jelas Mohd Rizal.
Ketiga-tiga pencerap sonar ini akan membolehkan pasukan pencari mengesan serpihan-serpihan termasuk serpihan yang terperangkap di dalam lumpur.
Mohd Rizal juga memaklumkan mengenai kenderaan AUV Bluefin-21 yang boleh digunakan selama 24 jam iaitu dua jam untuk turun ke dasar dan dua jam untuk naik ke permukaan, manakala selebihnya digunakan untuk mencari.
Kenderaan AUV bergerak sangat perlahan iaitu di kelajuan 4.5 knot atau 8.3 kmj , ini kerana ia bertujuan untuk memeta keluasan dasar laut dengan tepat.
Mohd Rizal turut mencadangkan sekiranya ada bantuan dari kenderaan AUV lain ia akan menjadikan misi pencarian lebih pantas.
“Sebenarnya ramai pihak yang mempunyai kenderaan AUV yang boleh pergi lebih dari 4500 meter, pihak JACC sekarang hanya menggunakan sebuah AUV sahaja untuk memeta satu kawasan yang sangat luas, sekiranya ramai yang menghulurkan bantuan ia mungkin dapat memendekkan usaha pencarian” katanya di hujung diskusi.
Untuk perbincangan penuh klik di sini.
Azyyati Ahmad
Tue Apr 15 2014
![MH370: Fungsi Bluefin-21 dan cabaran pencarian di dasar laut MH370: Fungsi Bluefin-21 dan cabaran pencarian di dasar laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/81397544269_295x200.jpg)
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370 Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71515581418_TBmisimencariMH.jpg)
Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
Syarikat penerokaan dasar laut dari AS itu punyai keupayaan teknologi & aset canggih, serta pasukan berpengalaman luas.
![Pertumbuhan eksport Malaysia atasi import buat pertama kali sejak Mei 2016 Pertumbuhan eksport Malaysia atasi import buat pertama kali sejak Mei 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81499402981_KualaLumpurskyline.jpg)
Pertumbuhan eksport Malaysia atasi import buat pertama kali sejak Mei 2016
Perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017 berbanding RM116.6 bilion yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lepas.
![MH370: Pencarian dasar laut diteruskan MH370: Pencarian dasar laut diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51395363588_295x200.jpg)
MH370: Pencarian dasar laut diteruskan
Sebanyak 10 pesawat tentera dan 12 kapal akan digunakan dalam misi pencarian hari ke 47 pesawat MH370.
![MH370: Tiada objek berkaitan ditemui dalam misi sulung Bluefin-21 - JACC MH370: Tiada objek berkaitan ditemui dalam misi sulung Bluefin-21 - JACC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/41397623563_295x200.jpg)
MH370: Tiada objek berkaitan ditemui dalam misi sulung Bluefin-21 - JACC
Operasi pencarian pesawat MH370 diteruskan dengan penglibatan 11 pesawat tentera dan tiga pesawat awam serta 11 kapal.
![MH370: Fungsi Bluefin-21 dan cabaran pencarian di dasar laut MH370: Fungsi Bluefin-21 dan cabaran pencarian di dasar laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/81397544269_295x200.jpg)
MH370: Fungsi Bluefin-21 dan cabaran pencarian di dasar laut
Pencarian fasa yang seterusnya itu mempunyai cabarannya yang tersendiri kerana permukaan dasar lautan tidak sama dengan permukaan daratan.