Pasukan mencari dan menyelamat di Perth akan mengerahkan penggunaan kenderaan dasar laut Bluefin-21 di Lautan Hindi secepat mungkin, bagi memastikan sama ada isyarat yang dikesan sebelum ini datangnya dari kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield akan berhenti mencari isyarat 'ping' lewat hari ini sebelum Bluefin-21 dikerahkan dalam masa terdekat.
"Kami tidak dapat mengesan sebarang isyarat dalam tempoh enam hari dan saya fikir tiba masanya untuk mencari di dasar laut pula," katanya semasa satu sidang media di Perth hari ini.
Houston berkata analisis daripada empat isyarat yang dikesan oleh Ocean Shield sebelum ini, membolehkan kawasan pencarian di dasar laut diperkecilkan dan lebih mudah diuruskan.
"Bluefin-21 dilengkapi dengan pengimbas sonar pelbagai sisi.
"Setiap misi yang dijalankan oleh Bluefin-21 akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk disiapkan. Ia akan mengambil masa dua jam untuk sampai ke dasar laut, ia akan membuat kerja pencarian untuk 16 jam, ia akan mengambil masa dua jam untuk kembali ke permukaan air dan empat jam lagi diperlukan untuk memuat turun data darinya untuk dianalisis.
"Bluefin-21, semasa beroperasi di dalam 'mode' sonar, akan menghantar satu denyutan aktif yang akan menghasilkan peta dasar laut tiga dimensi beresolusi tinggi,' katanya.
Houston berkata misi pertama Bluefin-21 akan melingkupi kawasan pencarian lima kali lapan kilometer, iaitu kawasan seluas 40 kilometer persegi.
Namun demikian, Houston memberi amaran bahawa bangkai pesawat perlu dikesan secara visual sebelum disahkan bahawa ia telah berakhir di Lautan Hindi.
"Ia mungkin tidak (berakhir di Lautan Hindi)," katanya.
Houston sebelum ini menegaskan bahawa pasukan pencarian tidak akan mengarahkan penggunaan sebarang kenderaan atau peralatan dasar laut sehingga lebih banyak isyarat dari kotak hitam, dikesan.
T K Letchumy Tamboo
Mon Apr 14 2014
![MH370: Bermulanya fasa pencarian dasar laut MH370: Bermulanya fasa pencarian dasar laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/51397455250_295x200.jpg)
Bluefin-21 -Gambar Fail
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![MH370: JACC simpulkan pesawat tidak hilang di kawasan isyarat ping dikesan MH370: JACC simpulkan pesawat tidak hilang di kawasan isyarat ping dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/41397015841_295x200.jpg)
MH370: JACC simpulkan pesawat tidak hilang di kawasan isyarat ping dikesan
Perkara itu disahkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia yang berkata kesimpulan itu berdasarkan perkiraan profesional.
![MH370 tidak mungkin berada di Teluk Bengal - Hishammuddin MH370 tidak mungkin berada di Teluk Bengal - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/81399034994_295x200.jpg)
MH370 tidak mungkin berada di Teluk Bengal - Hishammuddin
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak percaya bahawa pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 berada di Teluk Bengal.
![MH370: Pencarian akan ambil masa lapan hingga dua belas bulan - Angus Houston MH370: Pencarian akan ambil masa lapan hingga dua belas bulan - Angus Houston](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41399008693_120x90.jpg)
MH370: Pencarian akan ambil masa lapan hingga dua belas bulan - Angus Houston
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berada di Kuala Lumpur untuk pertemuan bersama jawatankuasa pencarian di Malaysia.
![Ocean Shield teruskan operasi pengesanan bunyi akustik Ocean Shield teruskan operasi pengesanan bunyi akustik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/41397434217_295x200.jpg)
Ocean Shield teruskan operasi pengesanan bunyi akustik
Hari ini 27 aset digembleng untuk operasi itu termasuk 11 pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 5 kapal digerakkan.
![Isyarat yang dikesan tiada kaitan dengan kotak hitam - JACC Isyarat yang dikesan tiada kaitan dengan kotak hitam - JACC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/81396761369_295x200.jpg)
Isyarat yang dikesan tiada kaitan dengan kotak hitam - JACC
Ketua JACC, Angus Houston berkata isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion pada Khamis, telah dikenalpasti tiada kaitannya dengan pesawat MH370.
![MH370: Australia rangka perjanjian jadi 'wakil bertauliah' dalam siasatan MH370: Australia rangka perjanjian jadi 'wakil bertauliah' dalam siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/81396601338_295x200.jpg)
MH370: Australia rangka perjanjian jadi 'wakil bertauliah' dalam siasatan
Perjanjian itu akan membolehkan Australia membantu Malaysia dalam menjalankan penyiasatan mengenai Penerbangan MH370 dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa.