Ketika operasi mencari bagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac memasuki fasa baru, aset lebih canggih dan berteknologi tinggi diperlukan untuk pencarian di laut dalam.
Menyatakan demikian, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel di Singapura dalam dua minggu ini untuk memohon penggunaan aset berkenaan.
Hishammuddin berkata badan komersil yang telah dihubungi untuk operasi mencari di laut dalam ialah syarikat-syarikat minyak dan gas iaitu Petronas, Sapura Kencana, Boustead Holdings Berhad dan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) dan aset kini amat terhad.
"Adalah mustahak bila saya menemui Setiausaha Hagel...saya mohon untuk aset lain yang telah dikenalpasti, yang Tentera Laut AS boleh bantu membekalkannya.
"Aset itu ialah sonar imbasan sisi (side-scan sonars)," kata beliau semasa sesi eksklusif bersama media tempatan, di sini hari Sabtu.
Sonar imbasan sisi adalah sistem sonar digunakan untuk mencipta imej kawasan dasar laut yang jauh lebih luas.
Ia mampu memberi pemahaman tentang perbezaan antara bahan dasar laut dengan jenis teksturnya.
Hishammuddin berkata oleh kerana fasa baru membabitkan pencarian laut dalam, beberapa institut penyelidikan akan turut terlibat.
"Institut penyelidikan dari China, Jerman dan Jepun, ada terlibat dan kami mendapat maklum balas," kata beliau.
Sementara itu, Hishammuddin menyatakan beliau akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri pertahanan Asean semasa Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean (ADMM) di Myanmar pada Isnin.
"Singapura dan Indonesia telah bersetuju untuk menjadi anggota bertauliah panel bebas. Jadi sekarang saya cuba dapatkan negara-negara lain dalam Asean yang boleh membantu kita.
"Jika kita tempatkan Kemboja, Laos dan Myanmar dalam sebuah kapal, sama ada kapal Malaysia atau China, kerjasama sebegitu lebih baik daripada bertelagah mengenai kewujudan "batu" di tengah-tengah Laut China Selatan," kata beliau.
Bernama
Sat May 17 2014
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. --Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi
APMM yakin kerajaan tetap komited dalam melengkapkan aset laut dan udara agensi itu.
Koperasi berdaftar kumpul RM156.18 bilion aset tahun ini - Ewon
Sebanyak 14,975 koperasi berdaftar di seluruh negara berjaya mengumpul aset berjumlah RM156.18 bilion tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.
29,103 pegawai, anggota dan 1,070 aset bomba sedia hadapi banjir
Seramai 29,103 pegawai dan anggota JBPM bersiap-sedia bersama 1,070 aset untuk digerakkan bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku.
RM3.8 juta aset sindiket dadah disita
Kejayaan itu susulan penangkapan seramai 4,336 individu berkaitan dadah dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Maritim Malaysia perlu tambah aset
Keupayaan aset yang ada ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas yang makin mencabar.
AS digesa kembalikan aset milik Afghanistan
Kekurangan sumbangan antarabangsa menyebabkan Afghanistan melalui krisis ekonomi yang berpanjangan.
Aset RM100 juta untuk Najib melampau, PH akan jumpa PM - Guan Eng
Situasi tersebut memaksa PH untuk menilai semula perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kerajaan, atau membuat sesuatu lebih dari itu.
1MDB: SPRM bantu pemulihan aset dana berjumlah RM20.5 bilion kepada kerajaan Malaysia
SPRM kini sedang giat meneruskan pemulihan aset dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di dalam dan luar negara.
Petronas masih miliki beberapa baki aset di Sudan
Pada 2020, saham-saham anak syarikat itu secara unilateral telah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sudan.