Kerajaan Malaysia akan mengumumkan aset pencarian dasar laut dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 tidak lama lagi.
Aset akan dikerahkan selepas kajian batimetri - atau pemetaan dasar laut – di kawasan pencarian selesai dijalankan.
“Aset-aset termasuk ‘Multi-Beam Echo Sounder dan ‘Prosas Towed Side Scan Sonar’ akan dikerahkan dalam operasi mencari beberapa bulan akan datang,” kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan media hari ini.
Ketika ini, dua kapal - Zhu Kezhen (China) dan Fugro Equator (Australia) menjalankan operasi kajian bawah laut di kawasan pencarian yang dikenal pasti oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
Kajian dijangka akan selesai dalam tempoh tiga bulan dan akan disusuli dengan pencarian komprehensif dasar laut.
Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss semalam mengumumkan kawasan pencarian dasar laut bagi pesawat MH370 akan dipindahkan lebih jauh ke selatan di selatan Lautan Hindi.
Menurut beliau, pihak pakar satelit telah membuat penilaian ke atas kesemua maklumat yang diperolehi bagi menentukan kawasan pencarian seluas 60,000 kilometer persegi itu.
Katanya kawasan pencarian baharu masih tertumpu kepada garisan lengkung ketujuh di mana pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu dikatakan membuat komunikasi terakhirnya.
Tambah Truss, pencarian dasar laut itu akan bermula pada Ogos ini dan dijangka akan mengambil masa selama 12 bulan untuk selesai.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Hamzah Zainudin akan mengetuai delegasi yang terdiri daripada empat anggota jawatankuasa dan pegawai kanan yang lain ke China hari ini.
Perjumpaan itu bertujuan untuk memberikan maklumat terkini kepada China terhadap usaha terbaru dalam operasi pencarian MH370 di peringkat tiga negara dan sumbangan Malaysia dalam misi itu.
Astro Awani
Fri Jun 27 2014

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss semalam mengumumkan kawasan pencarian dasar laut bagi pesawat MH370 akan dipindahkan lebih jauh ke selatan di selatan Lautan Hindi.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin diharap dapat kembalikan tumpuan kepada isu penting - GPS
Menurut Alexander Nanta Linggi, isu utama ketika ini ialah kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat selain pemulihan ekonomi negara.

Wisma Putra perhalusi isu rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan di Arab Saudi
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan memperhalusi pendekatan untuk membantu rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan di Arab Saudi.

Aspirasi golongan muda jadi teras Kerajaan corak pembangunan negara - PM
Pandangan dan aspirasi golongan belia kekal menjadi keutamaan kerajaan dalam mencorak pembangunan negara.

Pokemon GO dilarang di kawasan Mindef dan aset sensitif - Hishammuddin
Larangan itu dikeluarkan kerana aplikasi itu dikhuatiri boleh mendedahkan aset sensitif negara kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Malaysia akan umum aset pencarian dasar laut tidak lama lagi
Aset akan dikerahkan selepas kajian batimetri - atau pemetaan dasar laut di kawasan pencarian selesai dijalankan.

Liputan media menurun selepas pencarian MH370 berlarutan
Liputan media berhubung pencarian pesawat MH370 begitu ketara menurun setelah operasi mencari peringkat multinasional masuk hari ke-46.

MH370: Mulakan satu inkuiri parlimen antarabangsa- DAP
Kerajaan Malaysia diminta memulakan 'inkuiri yang melibatkan parlimen antarabangsa ke atas kes Penerbangan Malaysia pesawat MH370.

MH370: "Pencarian akan mengambil masa yang lama"
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mungkin mengambil masa yang lebih lama.

"Tiada alasan kukuh dakwaan kumpulan Chinese Martyr Brigade" - Hishammuddin
Kumpulan itu telah mendakwa merekalah yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu.

Sah ada tompokan minyak di perairan Vietnam, tetapi tiada serpihan pesawat
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di dalam operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam.