"Hidup diteruskan bagi keluarga kami. Kami menanganinya dengan baik, di sebalik ketidaktentuan ini,", kata Maira Elizabeth Nari.
Maira, 18, anak perempuan ketua pramugara Andrew Nari yang bertugas di dalam Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac di selatan Lautan Hindi, berkata keluarganya sentiasa menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar tidak terlalu memikirkan tentang tragedi itu.
"Hidup ini ada naik turunnya. Saya memang tidak memikirkan tentang bapa sebab saya tidak mahu menunjukkan kesedihan saya kepada ibu dan adik lelaki saya (Malcolm).
"Dalam tempoh ini, saya mendekatkan diri kepada Tuhan untuk mendapat ketenangan. Sekarang, saya sibuk membuat persiapan bagi peperiksaan akhir semester pertama saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.
Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Ditanya apakah yang diperkatakan Muhyiddin kepada beliau dan keluarganya, Maira, yang sedang mengikuti pengajian dalam kursus diploma komunikasi massa di Segi College di Subang Jaya, berkata timbalan perdana menteri menggalakkan Malcolm, 13, supaya belajar rajin-rajin dan memburu cita-citanya untuk menjadi juruterbang.
"Beliau juga bertanya tentang keadaan saya, apa yang saya sedang lakukan sekarang dan minta saya juga belajar rajin-rajin," katanya.
Sementara itu, ibu Maira, Melanie Antonio, 45, yang turut hadir pada majis itu, berkata beliau menyibukkan diri dengan seringkali bertemu keluarga mangsa lain dalam Penerbangan MH370, dan beberapa rakannya yang juga bekas kru kabin.
"Kami berkunjung ke rumah satu sama lain. Kami sama-sama saling memberi sokongan. Ia sebuah keluarga besar yang berkongsi ingatan dan cara untuk anak kami menangani insiden ini," katanya.
Melanie meletak jawatan sebagai pramugari MAS selepas pasangan suami isteri itu mempunyai dua anak.
Pesawat Boeing 777-200 ke Beijing dengan membawa 239 orang hilang daripada radar pada 8 Mac, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Analisis data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
Bernama
Tue Aug 12 2014
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman beramah mesra bersama waris penumpang MH370, Melanie Antonio Inna (kiri) dan anaknya Maira Elizabeth Nari (dua,kiri).
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Harapan baharu jejaki pesawat MH370 yang hilang - keluarga
Mereka juga berharap bahawa usaha pencarian MH370 tidak akan dihentikan sehingga pesawat tersebut ditemukan.
Waris mangsa penerbangan MH370 terkejut dengar pengumuman PM
Selamat Omar terkejut kerana kedudukan flaperon itu dari lokasi sebenar pesawat itu disahkan terhempas tahun lepas adalah terlalu jauh.
Hidup diteruskan buat keluarga Ketua Pramugara MH370
"Hidup diteruskan bagi keluarga kami. Kami menanganinya dengan baik, di sebalik ketidaktentuan ini,", kata Maira Elizabeth Nari.
Tuhan lebih sayangkan ayah - anak ketua pramugara MH370
Maira Elizabeth Nari, anak kepada Andrew Nari, salah seorang anak kapal Mh370 redha dengan pengumuman oleh Perdana Menteri.
MH370: Anak ketua pramugara ambil keputusan SPM tanpa ayah
Keputusan SPM Maira Elizabeth Nari 'okay' namun beliau lebih risaukan keadaan bapa beliau yang merupakan ketua pramugara pesawat M370.
MH370: Kelab Liverpool, peminat beri kata-kata semangat kepada anak ketua pramugara
Anak kepada ketua pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370 kongsi bahawa beliau tidak pernah tinggal menyaksikan perlawanan bola melibatkan Liverpool.