Maira Elizabeth Nari, anak kepada Andrew Nari, salah seorang anak kapal MH370 redha dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam sidang media sebentar tadi.

Sejurus selepas pengumuman itu dibuat, Maira seakan kelu tak terkata, namun kemudiannya dia redha dan menganggap semua ini terjadi kerana tuhan lebih sayangkan ayahnya.




Terdahulu, beliau mengharapkan bahawa bapa beliau boleh berada di sisi untuk mengambil keputusan SPM bersama.

Tweet dari Maira sering mendapat perhatian. Pada 16 Mac, tweet yang berkata bapa beliau tidak pernah terlepas peluang untuk menonton perlawanan Liverpool turut mendapat balas daripada kelab bola itu dan juga peminat-peminatnya di seluruh dunia.