Menjelang Hari Perkabungan Negara bagi memperingati mangsa nahas pesawat MH17, kesedihan Noorlin Mohd Noor dan Yang Jamaliah tidak dapat disembunyikan dalam menanti ketibaan jenazah Noor Rahimmah untuk disemadikan di sini.
Noorlin, 46, berkata jenazah kakaknya akan dibawa ke kediaman keluarga mereka di Kampung Rizab Melayu, Tambun selepas selesai istiadat penghormatan penerimaan jenazah di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Jumaat.
Adik bongsu daripada 14 beradik itu berkata persiapan penerimaan dan pengebumian jenazah dibantu oleh kerajaan negeri, dan seluruh anggota keluarga amat berharap jenazah Noor Rahimmah selamat sampai dalam keadaan sempurna.
"Jenazah itu sempurna seperti dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kami berdoa setiap kali sujud ketika bulan Ramadan hingga sekarang, sempurnakanlah jenazah kakakku, Ya Allah supaya boleh dibawa pulang dan disemadikan di sini," katanya kepada Bernama di kediaman keluarga beliau di sini.
Noorlin berkata kakaknya melahirkan hasrat untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama-sama keluarga selepas lebih 30 tahun berada di luar negara.
"Dia nak sangat pulang berhari raya dengan adik-beradik di Ipoh di rumah mak. Jadi kami akan sampaikan hajat dia, bila dia sampai sini, kami akan menyembahyangkan jenazah," katanya.
Beliau berkata Allahyarham juga ingin menikmati buah-buahan tempatan seperti rambutan dan manggis serta masakan kampung iaitu sambal, sayur Terung Belanda dan pucuk ubi.
"Dia memang penyayang dan bertanggungjawab. Dia macam mak saya selepas mak dan ayah meninggal dunia. Kak Nyah (Noor Rahimmah) terlalu ambil berat mengenai kami adik-beradik, nak dengar suara dia yang kasar pun susah. Dia jarang marah, kalau dia marah, cakap dia pun masih lembut lagi," katanya.
Sementara itu, Yang Jamaliah, 67, kakak sulung Allahyarham, tidak dapat menahan sebak apabila bercerita mengenai adiknya.
"Kami tahu berita kehilangannya ketika berita kapal terbang terhempas disiarkan di televisyen. Selepas dipastikan, memang adik saya berada di dalam pesawat MH17. Bila kami dapat tahu, kami juga buat tahlil untuk arwah," katanya.
Beliau berkata Noor Rahimmah meninggalkan dua anak iaitu Ann Rahimah dan Johan masing-masing berumur 20-an.
Noor Rahimah pernah bertugas sebagai setiausaha di Kedutaan Malaysia di Jerman selain penterjemah di Geneva, Switzerland selepas mendirikan rumah tangga dengan Hipo-Litoner, 70-an.
Yang Jamilah berkata Allahyarham juga menguasai tiga bahasa asing iaitu Jerman, Perancis dan Sepanyol, katanya.
Pengebumian jenazah Noor Rahimmah akan dilakukan di tanah perkuburan milik keluarga mereka di Kampung Masjid Lama, Tambun, katanya.
Bernama
Thu Aug 21 2014
![MH17: Keluarga harap jenazah Rahimmah selamat sampai MH17: Keluarga harap jenazah Rahimmah selamat sampai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/41408636973_295x200.jpg)
Norlin Mohd Noor, 46, adik bongsu Allahyarham, tidak dapat menahan sebak apabila bercerita mengenai adiknya - Foto Bernama
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Panama adakan Hari Perkabungan Negara peringati peristiwa serangan 1989 Panama adakan Hari Perkabungan Negara peringati peristiwa serangan 1989](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671698338_TBpanamainvasion.jpg)
Panama adakan Hari Perkabungan Negara peringati peristiwa serangan 1989
Panama buat kali pertama dalam tempoh 33 tahun mengadakan Hari Perkabungan Negara pada Selasa sempena memperingati peristiwa serangan Amerika Syarikat (AS) pada 1989.
![Abu mayat Karamjit ditabur dalam laut di Pelabuhan Klang Abu mayat Karamjit ditabur dalam laut di Pelabuhan Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/41408717309_295x200.jpg)
Abu mayat Karamjit ditabur dalam laut di Pelabuhan Klang
Abu mayat Karamjit Singh Karnail Singh, seorang mangsa dalam nahas pesawat MH17 ditabur dalam laut.
![Pihak tuduh kerajaan membazir adakan istiadat penghormatan jenazah MH17 diselar Pihak tuduh kerajaan membazir adakan istiadat penghormatan jenazah MH17 diselar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/61386513662_295x200.jpg)
Pihak tuduh kerajaan membazir adakan istiadat penghormatan jenazah MH17 diselar
Datuk Ahmad Maslan turut menyelar sesetengah pihak yang menuduh kerajaan melakukan pembaziran apabila mengadakan istiadat penghormatan jenazah.
![Dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 tiba Ahad Dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 tiba Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/51408772830_295x200.jpg)
Dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 tiba Ahad
Pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol itu tiba di KLIA pada jam 6.43 pagi Ahad waktu Malaysia.
![MH17: Keluarga harap jenazah Rahimmah selamat sampai MH17: Keluarga harap jenazah Rahimmah selamat sampai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/41408636973_295x200.jpg)
MH17: Keluarga harap jenazah Rahimmah selamat sampai
Seluruh anggota keluarga amat berharap jenazah Noor Rahimmah selamat sampai dalam keadaan sempurna.