KEMAMAN: Seorang remaja lelaki nekad menongkah arus deras dan ombak besar kira-kira 100 meter dari pantai demi menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak perempuan yang hampir lemas di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini pada Jumaat lalu.
Muhammad Zulfikal Asmadi, 14, berkata, secara kebetulan dia bersama beberapa penduduk kampung berada di bangsal nelayan berdekatan lokasi kejadian sebelum diberitahu mengenai insiden itu.
"Sebaik tahu ada mangsa lemas, saya dan penduduk bergegas ke pantai. Dari jauh saya nampak budak perempuan itu tenggelam timbul beberapa kali. Dalam situasi cemas itu saya hanya fikir satu sahaja iaitu ingin menyelamatkan nyawa dia.
"Pada mulanya, saya nekad untuk meredah ombak, namun selepas ternampak sampan yang ditinggalkan nelayan saya terus ambil sampan itu dan mendayung mengharungi ombak sejauh 100 meter dari pantai," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Penunjuk, di sini, pada Ahad.
Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal itu berkata, sebaik menghampiri mangsa, dia meminta kanak-kanak itu berpaut pada perahu sementara dia mengayuh sehingga ke tepi pantai.
"Disebabkan perahu yang saya gunakan itu bersaiz kecil, saya tidak berani bawa kanak-kanak itu naik ke atas perahu kerana bimbang ia terbalik
"Saya minta dia bergayut dan bertahan sehingga ada beberapa individu lain yang turut sama memaut kanak-kanak itu," ujarnya.
Anak sulung dari empat adik-beradik itu berkata, dia berasa lega dan bersyukur kerana dapat menyelamatkan kanak-kanak tersebut memandangkan ketika itu ombak begitu kuat.
Muhammad Zulfikal memberitahu, dia mahir berenang dan mengendalikan sampan serta bot kerana sering mengikut bapanya, Asmadi Ripin, 42, yang juga seorang nelayan turun ke laut menangkap ikan sejak berusia 12 tahun.
"Saya biasa ikut ayah tangkap ikan dan sering terjun dari bot untuk buang objek yang terlekat pada pukat," katanya.
Sementara itu, Asmadi berkata, dia bersyukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas anaknya dan mangsa lemas berjaya diselamatkan.
Rakaman video Muhammad Zulfikal cuba menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut tular di media sosial sejak Ahad.
Tindakan berani remaja itu mendapat pelbagai reaksi positif warganet yang memuji keberaniannya.
Dalam kejadian jam 5.30 petang pada Jumaat lalu, mangsa yang berasal dari Bandar Seri Bandi terselamat daripada lemas ketika berkelah dan mandi di pantai itu bersama ahli keluarganya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 19 2022

Gambar Muhammad Zulfikal tular di media sosial selepas berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak nyaris lemas di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman. - Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Zulfikal wira remaja selamatkan kanak-kanak nyaris lemas
Zulfikal berkata, dia secara kebetulan berada bersama beberapa penduduk kampung di bangsal nelayan dekat lokasi kejadian.