Kepimpinan melalui teladan, itulah yang dapat digambarkan apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berjalan di pusat bandar Ipoh bersama-sama warga kota sambil mengutip sampah.
Walaupun sebelum ini, tindakan beliau mengutip sampah bersama-sama pekerja am Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mendapat kecaman beberapa pihak, khususnya pemimpin pembangkang, ia tidak melunturkan semangatnya untuk meneruskan usaha murni itu.
Buktinya, beliau sendiri turun seawal jam 6.45 pagi, berjalan sambil mengutip sampah dari Medan Kidd ke Dataran Stesen Keretapi, Masjid Negeri, Medan Selera Dato Sagor dan berakhir di Padang Ipoh untuk pelancaran kempen Perak Yang Bersih kira-kira jam 8.30 pagi.
Turut sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdu Puhat Mat Nayan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.
Dianggarkan hampir 10,000 wargakota Ipoh dari pelbagai peringkat umur dan sektor, baik dari sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan mengambil bahagian di dalam kempen itu di Ipoh.
Pihak MBI sendiri telah mengenalpasti 15 'checkpoint' di sekitar pusat bandar untuk tempat permulaan kempen yang akan diketuai sendiri oleh Ahli-Ahli Majlis MBI.
Antara 'checkpoint' itu ialah Stesen Keretapi, Masjid Negeri, Medan Kidd, Little India, Jejak Warisan, UTC, Memory Lane, Medan Istana, Masjid India dan Kinta Riverfront.
Selain pelajar sekolah yang terdapat di sekitar bandaraya Ipoh, khususnya di kawasan `checkpoint’, kempen turut disertai oleh anggota pasukan beruniform dan pertubuhan sukarela.
Selain di Ipoh, Kempen Perak Yang Bersih turut diadakan serentak di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri, dengan anggaran penyertaan kira-kira 100,000 rakyat Perak.
Kempen yang akan berterusan itu antara lain menggalakkan masyarakat supaya lebih bertanggungjawab terhadap persekitaran dan kelestarian alam sekitar.
Matlamat utama kempen ini adalah untuk menjadikan Perak sebuah negeri yang terbersih, indah dan sejahtera, tidak hanya dengan penyediaan perkhidmatan, infrastruktur dan kemudahan awam sahaja.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Mar 31 2017
ZAMBRY bersama-sama peserta program memulakan kerja-kerja pembersihan sejak awal pagi hari ini. - Foto: Facebook Zambry Abd. Kadir
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Usung rumah tradisi seberat enam tan di Kuala Kangsar
kira-kira 100 orang penduduk kampung itu tanpa mengira umur bergotong royong mengangkat serta mengusung rumah seberat enam tan itu sejauh 150 meter untuk dipindahkan dari lokasi asalnya.
Enam kampung diancam babi hutan
Enam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) berganding bahu mengadakan gotong royong menembak babi hutan yang sering memusnahkan tanaman dan memakan ternakan penduduk di enam kampung.
Zambry turun padang bersama warga Ipoh jayakan kempen Perak Yang Bersih
Walaupun sebelum ini tindakan seumpamanya mendapat kecaman beberapa pihak, ia tidak melunturkan semangat Menteri Besar Perak itu untuk meneruskan usaha murni berkenaan.
#CukupSetakatSamson cetus ilham gotong royong
Kempen perangi denggi #CukupSetakatSamson buka mata masyarakat yang selama ini memandang ringan mengenai wabak denggi.